Berita Terkini

3 jam yang lalu: Dana jaminan pembiayaan SJKP ditingkatkan daripada RM3 bilion kepada RM5 bilion - PM 3 jam yang lalu: Kerajaan setuju lanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih tahunan dalam SSPN sehingga 2024 - PM 3 jam yang lalu: Kebakaran: Kematian wanita OKU kerana lemas terhidu asap - polis 3 jam yang lalu: Kerajaan setuju beri sagu hati RM300 kepada 200,000 anggota Rela, sukarelawan APM, sukarelawan polis dan sukarelawan bomba - PM 3 jam yang lalu: 995,396 kuota pekerja asing diluluskan sehingga 14 Mac

IKUTI KAMI


Najib, Arul Kanda Bebas Tuduhan Pinda Laporan Audit 1MDB

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 10:47AM

Mahkamah Tinggi KL bebaskan Najib dan Arul Kanda berhubung kes meminda laporan audit 1MDB - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibebaskan daripada tuduhan meminda laporan audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada 2016.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti untuk menunjukkan Najib mengarahkan pindaan ke atas laporan audit tersebut.

Sementara itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, yang sebelum ini didakwa bersama Najib, dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.
Tahun lalu, Arul Kanda menjadi saksi dalam kes itu selepas mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan mengikut Seksyen 63 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada 7 September 2022, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas mengemukakan 16 saksi termasuk bekas Ketua Setiausaha Negara, Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa, bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dan Tan Sri Dr Madinah Mohamad, bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan bekas Pengarah Audit Jabatan Audit Negara (NAD), Saadatul Nafisah Bashir Ahmad.

Najib, 70, yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada PAC bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya di antara 22 dan 26 Februari 2016.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib akan mewakili pendakwaan manakala peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk N Sivananthan masing-masing hadir bagi pihak Najib dan Arul Kanda.

Najib masih berdepan tiga lagi kes mahkamah termasuk penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB yang kini di peringkat perbicaraan dan setakat ini, pendakwaan telah memanggil 44 saksi.
Dua lagi kes membabitkan pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International sebanyak RM27 juta, yang masing-masing masih di peringkat pengurusan kes. - The Vibes, 3 Mac 2023

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Rohana Telah Pulangkan AS$10 juta, Aset IMDB Kepada SPRM

2

Semasa 5 hari yang lalu

Pindaan AUKU: Kebebasan Pelajar Dan Pensyarah Berpolitik Perlu Ada Batas

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Roger Ng Mohon Pindah Ke Penjara Selebriti AS, Dakwa Alami PTSD

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Roger Ng Dakwa Tak Boleh Pulangkan AS$35 Juta Diambil Daripada 1MDB

Sorotan

1

Henti Pelepasan Cukai Pencarum SSPN Kurang Tepat, ‘Saya Beri 3 Sebab’ - Syed Saddiq

2

Projek Pasar Chow Kit Tidak Pernah Terbengkalai, Dijangka Siap 2025

3

Tubuh Task Force Selaras Agihan Bantuan Dengan YKN Di Setiap Negeri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lebuhraya WCE Dijangka Siap Tahun Depan - Alexander

oleh Farhana Farush

Semasa 4 jam yang lalu

Lawatan Anwar Ke China Untuk Perkukuh Hubungan Dua Hala - Zambry

oleh Khaw Chia Hui

Semasa 2 jam yang lalu

Pelajar Tahfiz Kongsi Pengalaman Jadi Imam Di Kampung Orang Asli

Semasa 1 hari yang lalu

PM Cadang Badan Bebas Siasat Aduan, Salah Laku Badan Penguatkuasaan