Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan 4 Adun Halang Usul Kosongkan Kerusi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 7:00PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang DUN Pulau Pinang daripada membentangkan usul mengosongkan kerusi terbabit sehingga rayuan berhubung perkara itu didengar.

Kesemua ADUN terbabit yang juga plaintif ialah Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang).

Pesuruhjaya Kehakiman Azizan Md Arshad memutuskan bahawa mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam urusan dalaman Parlimen atau mana-mana DUN.

Beliau berkata mahkamah perlu sentiasa mengiktiraf doktrin pengasingan kuasa.

“Imuniti ini timbul daripada doktrin pengasingan kuasa antara tiga organ utama kerajaan iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman.

“Jika ketiga-tiga cabang ini dibiarkan, akan berlaku pertembungan yang boleh memusnahkan doktrin pengasingan kuasa yang mampu menjejaskan kebebasan ketiga-tiganya mengikut bidang kuasa masing-masing,” katanya dalam penghakiman yang disampaikan melalui e-mel.

Azizan juga berkata mahkamah mempunyai kuasa untuk memberikan injunksi bagi menghalang mana-mana pihak berkuasa daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang namun pada masa sama, mahkamah juga perlu berhati-hati untuk tidak melangkaui bidang kuasa yang diberikan.

Beliau berkata plaintif telah meminta mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk menghalang tugas badan lain iaitu DUN yang juga diwujudkan di bawah Perlembagaan Negeri.

“Permohonan plaintif ialah untuk menghalang bidang kuasa defendan (DUN Pulau Pinang dan Speaker DUN Datuk Law Choo Kiang) yang dengan jelas dinyatakan adalah hak eksklusif mereka,” katanya.

Beliau berkata mahkamah tidak boleh membuat sebarang keputusan yang akan melangkaui bidang kuasa mahkamah dan mana-mana isu berkaitan kelayakan atau hilang kelayakan sebagai ADUN yang telah dipilih melalui proses pilihan raya yang sah di bawah bidang kuasa DUN sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan Negeri.

Mengenai isu status quo, Azizan berkata kesemua plaintif masih ADUN sehingga keputusan dibuat oleh defendan dan sehingga usul itu dibentang, dibahas dan diundi (disokong dan diluluskan), kelayakan serta kedudukan mereka adalah tidak terjejas.

Beliau berkata mahkamah hanya boleh mempertimbang isu bagi status quo plaintif dikekalkan atau dikembalikan hanya jika terdapat keputusan bahawa status quo kesemua plaintif telah berubah atau dibuang.

Justeru, katanya plaintif telah gagal menunjukkan injunksi perlu diberikan dan menolak permohonan mereka tanpa kos selepas mengambil kira fakta bahawa kes itu membabitkan kepentingan awam.

Pada 20 Januari lepas, Azizan menolak saman keempat-empat ADUN terhadap kedua-dua defendan berhubung usul yang diperkenal pada Oktober 2020 supaya mereka mengosongkan kerusi masing-masing. Mereka kemudian memfailkan rayuan terhadap keputusan itu pada 25 Jan lepas.

Pada 16 Disember 2022, Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan keempat-empat ADUN bagi mendapatkan kebenaran mencabar kelayakan DUN Pulau Pinang meluluskan undang-undang anti lompat parti dan memerintahkan agar kes itu didengar berkaitan isu merit di Mahkamah Tinggi.

ADUN terbabit telah memfailkan sama pada 2020 bagi mencabar keperlembagaan Perkara 14A(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dan menghalang kerusi mereka daripada diisytiharkan kosong selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 14A(1).

Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa seseorang ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya jika telah dipilih sebagai calon parti politik, beliau meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih selain sebagai calon parti politik, menyertai parti politik lain. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Selat Klang Isytihar Sokong MB, Ada Rakan Lain Bakal Ikut Jejak?

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Dana 1MDB: Pendakwaan Dibenar Pinda 3 Pertuduhan Terhadap Najib

3

Politik 8 bulan yang lalu

Altimet Ligat Di Lembah Jaya, Aktif Berinteraksi Di Media Sosial

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Karut, Jho Low Tidak Pernah Masak Pasta Untuk Keluarga Saya - Zeti 

Sorotan

1

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

2

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

3

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

5

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

6

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

7

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

Semasa 7 jam yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi