web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MSAP Baharu Bolehkan Harga Jalur Lebar Ditawar Lebih Rendah - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 12:25PM

Fahmi Fadzil - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP) baharu yang mula berkuat kuasa pada 1 Mac (semalam) menyaksikan penetapan harga perkhidmatan jalur lebar lebih rendah berbanding MSAP sebelum ini. 

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata sebagai contoh, harga untuk perkhidmatan borong jalur lebar berkelajuan tinggi dengan kelajuan 100 Mbps di dalam MSAP baharu untuk tahun ini adalah RM254.64 sebulan berbanding dengan harga RM515 sebulan sebelum ini. 

“Oleh yang demikian, ia dapat mengurangkan kos kepada penerima perkhidmatan capaian yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan jalur lebar tetap kepada pengguna.

“Secara tidak langsung, perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna di peringkat runcit (retail) boleh ditawarkan pada harga yang lebih rendah dan berdaya saing atau pada kelajuan yang lebih tinggi,” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang meminta penjelasan mengenai MSAP baharu yang mula berkuat kuasa pada 1 Mac 2023 dan  kesannya terhadap sektor telekomunikasi dan pengguna di Malaysia dari segi mutu perkhidmatan.

MSAP, yang diperkenal pada 2018, merupakan antara instrumen perundangan yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengawal selia harga capaian di peringkat borong (wholesale) oleh pemberi perkhidmatan capaian.

Melalui MSAP baharu yang mula berkuat kuasa pada 1 Mac 2023, harga capaian maksimum telah ditetapkan bagi 14 kemudahan dan perkhidmatan yang disenaraikan untuk tempoh sehingga 2025.

Menjawab soalan tambahan Khoo berhubung kesan jangka panjang pelaksanaan MSAP kepada Telekom Malaysia (TM), Fahmi berkata walaupun pada tahun pertama pelaksanaannya mengakibatkan sedikit kerugian pada TM, namun syarikat itu mampu menjana semula keuntungan pada tahun berikutnya. 

Mengulas lanjut, Fahmi berkata pada 2017, TM mencatat keuntungan bersih sebanyak RM730.5 juta, namun pada 2018 setelah MSAP mula dilaksana, syarikat itu mengalami kerugian sebanyak RM260.5 juta.

“Tetapi mereka kembali stabil setahun selepas itu dengan merekodkan keuntungan bersih pada 2019 sebanyak RM557.4 juta dan trend itu terus meningkat, sehinggalah pada 28 Feb lalu TM membuat pengumuman bahawa mereka telah mencatat keuntungan bersih RM1.14 bilion bagi tahun lalu.

“Ini menunjukkan bahawasanya semangat Malaysia Boleh itu memang wujud dalam TM walau diberi cabaran tapi mereka mampu bangkit semula,” katanya.

Fahmi berkata, kejayaan TM itu juga mampu menjadi teladan kepada negara dan beliau difahamkan oleh penganalisa bahawa trend untuk saham TM ialah ‘still a buy’. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad