web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penerbangan Ihsan Bawa 3 Ibu Mengandung Berisiko Tinggi Keluar Dari FELDA Selancar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 7:04AM

3 orang wanita mengandung berisiko tinggi terpaksa menggunakan penerbangan ihsan TUDM selepas kawasan yang mereka diami terputus hubungan ekoran jalan runtuh di Felda Selancar, Rompin. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Tiga ibu mengandung berisiko tinggi yang berada dalam fasa pertama kelahiran dan terputus hubungan ekoran jalan runtuh di Felda Selancar, Rompin berjaya dibawa keluar menerusi penerbangan ihsan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka kini menerima rawatan di dewan bersalin Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) setelah dibawa dengan ambulans ke hospital itu pada 8.33 malam selepas mendarat di lapangan terbang TUDM di sini. 

"Penerbangan ihsan digerakkan selepas Pejabat Kesihatan Daerah Rompin menerima makluman daripada Klinik Kesihatan Perwira Jaya pada 10.30 pagi berhubung keadaan ibu mengandung tersebut. 

"Satu pasukan Obstetric Retrieval dari HTAA yang terdiri daripada seorang pegawai perubatan obstetrik dan jururawat kesihatan telah diterbangkan ke Felda Selancar pada 4.51 petang menggunakan helikopter TUDM," menurutnya dalam kenyataan semalam. 

Beliau berkata pasukan itu tiba di lokasi pada 6.15 petang dan ketiga-tiga pesakit telah diperiksa serta didapati stabil sebelum dibawa keluar. 

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk TUDM, Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Rompin dan Kerajaan Negeri Pahang yang membantu melancarkan misi menyelamat tersebut. 

Jalan utama ke Felda Selancar runtuh sekitar 4 pagi semalam akibat limpahan air deras ekoran hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan ia ditutup kepada semua kenderaan. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang melawat lokasi kejadian petang tadi, mengumumkan pembinaan sebuah jambatan bailey yang akan dilakukan segera untuk kemudahan penduduk sementara menanti jalan baharu dibina oleh Jabatan Kerja Raya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan