Berita Terkini

9 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 10 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 10 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 10 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 10 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Chaah Jadi 'Pulau', Cabaran Bomba Selamatkan Mangsa Terputus Hubungan

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 9:37PM

Pihak JBPM telah mengenal pasti 11 kampung sekitar kawasan Chaah yang dikelilingi dua sungai melimpah yang dipercayai menjadi punca keadaan (pulau) itu - Gambar Media Sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT - Pekan Chaah dan kawasan sekitar kini bagaikan ‘pulau’ berikutan jalan perhubungan terputus, sekali gus menjadi cabaran besar bagi agensi terlibat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) untuk menyelamatkan mangsa banjir.

Ada segelintir mangsa banjir termasuk ahli keluarga di luar kawasan tersebut terpaksa beralih kepada media sosial terutama Facebook untuk memohon bantuan pihak berkuasa.

Pemangku Pengarah JBPM Johor Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Rizal Buang mengakui pihaknya mendapat banyak panggilan daripada ahli keluarga menyatakan kebimbangan berikutan saudara-mara mereka masih terperangkap.

“Kebanyakan mangsa meminta bantuan daripada media sosial, dipercayai daripada Chaah, yang kini bagaikan pulau, sehingga menyukarkan kami untuk memasuki kawasan tersebut, akibat jalan dinaiki air.

“Kami kini bekerja keras untuk menjalankan misi menyelamat mangsa banjir termasuk mempertimbangkan tiga jalan alternatif untuk memasuki kawasan tersebut antaranya menggunakan jalan keretapi sedia ada,” kata beliau ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Mohd Rizal berkata dua kaedah lain ialah menggunakan jalan darat menerusi Labis dan Muar menerusi Felda Maokil selain jalan udara menggunakan helikopter.

“Helikopter JBPM sedang bersiap sedia untuk terbang dari Subang, tetapi cuaca tidak mengizinkan. Paling lewat kalau cuaca beransur baik kita cuba terbang dalam 6 petang ini,” katanya.

Selain itu, JBPM Johor yang mempunyai kekuatan sebanyak 300 orang, turut mendapat bantuan daripada empat negeri iaitu JBPM Pahang, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan serta pasukan SMART melibatkan 60 anggota dan pegawai, katanya.

“Sekarang ini kita kenal pasti ada 11 kampung sekitar kawasan Chaah dikelilingi dua sungai melimpah yang kita percaya jadi punca keadaan (pulau) itu.

“Kita harap kalau ada mangsa yang guna media sosial, hantar lokasi di mana mereka berada dan jangan panik serta segera berpindah ke tempat lebih tinggi. Kita sedang berusaha sebaik mungkin,” katanya.

Selain Chaah, Mohd Rizal berkata tiada tempat lain terputus hubungan sehingga menyukarkan pihaknya membuat misi penyelamatan.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial seorang wanita memohon bantuan selepas seluruh ahli keluarganya terpaksa memanjat ke bumbung selepas air menenggelami rumahnya di Chaah.

Bernama turut dihubungi seorang wanita bagi meminta bantuan untuk menyelamatkan ibu bapanya yang juga warga emas dan pesakit hypertension.

Wartawan Bernama, Kamarul Halim M Kamal yang berada di kawasan berkenaan sempat keluar daripada kawasan tersebut kira-kira 2 petang tadi selepas dinasihati oleh polis mengenai status banjir di kawasan berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Banjir: 5,925 Tan Metrik Sisa Sampah Dikutip Di Johor Sehingga Kini

2

Semasa 1 hari yang lalu

6 Fasiliti Terjejas Teruk Banjir Akan Dibaik Pulih Dalam Tempoh 6 Bulan - Dr Zaliha

3

Semasa 2 hari yang lalu

Sultan Johor Titah Cadangkan Tanah Orang Asli Dijadikan Tanah Kesultanan

4

Semasa 3 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Batu Pahat 419 Orang Pagi Ini

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

APMM Kelantan Tahan 4 Bot, 31 Nelayan Vietnam Ceroboh Perairan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Lawatan Rasmi Pemimpin: Rakyat Harap 2 Objektif

oleh Sofian Baharom

Semasa 1 hari yang lalu

Pecah Monopoli: Tiada Isu Kekurangan Tenaga Kerja - Sivakumar

Semasa 15 jam yang lalu

Rang Undang-Undang Kesalahan Seksual Kanak-Kanak Dibentang Di Dewan Rakyat