Berita Terkini

8 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 8 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 8 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 8 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 8 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


4 Kakitangan Jabatan Perikanan Johor Ditemukan Selamat Di Perairan Indonesia

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 6:20PM

Nurul Hizam Zakaria berkata keadaan kesemua mereka juga sihat ketika ditemui Tentera Nasional Indonesia (TNI) pada jam 1.45 tengah hari tadi - Gambar Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Empat kakitangan Jabatan Perikanan Johor beserta bot yang dilaporkan hilang semalam, ditemui selamat di kedudukan satu batu nautika Pulau Kepalajerai, berdekatan Batam, Indonesia, tengah hari tadi.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria, berkata keadaan kesemua mereka juga sihat ketika ditemui Tentera Nasional Indonesia (TNI) pada jam 1.45 tengah hari tadi.

Beliau berkata kakitangan tersebut adalah Pembantu Perikanan Pengkalan Perlindungan Sumber Tanjung Sedili, Fatimah Razak, 36, serta Pembantu Laut, Zaharin Baharudin, 33, Abd Halim Sanip, 52 dan Mohd Marzuki Jusoh, 53. 

“Bot yang dinaiki mereka itu dipercayai mengalami kerosakan bateri sebelum hanyut sehingga ke perairan negara itu kira-kira 13 batu nautika dari lokasi terakhir dikesan.

“Kita dalam proses untuk membawa pulang bot itu, yang kini dalam proses pembaikan oleh TNI. Kesemua mereka akan diiringi TNI semasa proses serahan di perairan Johor Barat hari ini,” katanya pada sidang media di Jeti Maritim Sungai Pulai, di sini, hari ini. 

Turut hadir Pengarah Perikanan Johor Zainudin Abd Wahab.

Nurul Hizam pada masa sama menzahirkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat termasuk TNI, Konsulat Jenderal Indonesia dan Konsulat Jeneral Singapura yang turut sama membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Beliau berkata Op Carilamat juga secara rasminya ditamatkan pada jam 2 petang tadi.

Semalam, bot tersebut terputus hubungan dan gagal dikesan setelah berlepas dari Tanjung Pengelih, Pengerang kira-kira  jam12.45 tengah hari, yang sepatutnya dijangka tiba di Pangkalan Tampoi, di Johor Bahru, pada jam 6.30 petang, hari yang sama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Malaysia Capai Persefahaman Pelaburan Gas Hidrogen Ke Indonesia

2

Semasa 4 hari yang lalu

Pengeluaran Bekalan Telur Ayam Dalam Negara Beransur Stabil - Mohamad

3

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Gunung Merapi Di Indonesia Meletus

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Sekurang-Kurangnya 10 Syarikat Malaysia Berminat Melabur Projek Pembinaan Ibu Negara Baharu Indonesia - Anwar

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KDN Dalam Peringkat Persediaan Asas Bawa Keluar Kanak-Kanak Di Depoh Tahanan

Semasa 9 jam yang lalu

UDA Umum Pelantikan Mohd Annuar Sebagai Pengerusi 

oleh Sofian Baharom

Semasa 1 hari yang lalu

Dasar, Rang Undang-Undang Dalam Usaha Menyahjenayah Cubaan Bunuh Diri Bakal Dimuktamad

Semasa 1 hari yang lalu

Roger Ng Mohon Pindah Ke Penjara Selebriti AS, Dakwa Alami PTSD

oleh Wartawan The Vibes