web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Hairan’ Anwar Batalkan Projek Tebatan Banjir Belum Mula - Tuan Ibrahim

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 3:38PM

Tuan Ibrahim Tuan Man (Kubang Kerian-PN) mempersoalkan keputusan kerajaan membatalkan dan mengeluarkan semula tender enam projek tebatan banjir bernilai RM15 bilion, dengan mendakwa tindakan itu sebagai mengarut - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen PAS menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Tambun) di Dewan Rakyat hari ini, dengan menyamakan beliau seperti 'burung tiong' kerana tidak memahami projek tertentu kerajaan.

Ketika perbahasan mengenai Belanjawan 2023, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Kubang Kerian-PN) mempersoalkan keputusan kerajaan membatalkan dan mengeluarkan semula tender enam projek tebatan banjir bernilai RM15 bilion, dengan mendakwa tindakan itu sebagai mengarut.

“Agak hairan (bagi Anwar) untuk mengatakan dia mahu membatalkan projek (tebatan banjir) yang belum bermula. Tiada surat penerimaan, tiada kontraktor (telah dilantik).

“Daripada menjimatkan dana seperti yang didakwa kerajaan, penangguhan projek hanya akan menyebabkan lebih banyak kerugian kerana kos akan meningkat setiap kali projek itu dihentikan,” kata Timbalan Presiden PAS itu.

Perkara itu turut mendapat perhatian, Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang kemudiannya mencelah ucapan Tuan Ibrahim dengan menyatakan Perdana Menteri 'mungkin tidak faham' dengan apa yang diperkatakannya.

“Kubang Kerian, adakah anda bersetuju berdasarkan apa yang Tambun katakan (tentang membatalkan projek tebatan banjir). Dia mungkin tidak tahu apa yang diperkatakan atau tidak faham macam burung tiong bercakap?”  soalnya.

Dalam reaksi balasnya, Tuan Ibrahim yang jelas terhibur berkata, "Burung tiong itu saya setuju, sebab dia pun tak faham apa yang dia cakap.”

Burung tiong terkenal dengan bunyi yang lantang dan riuh-rendah, dengan sesetengahnya dapat meniru bunyi, termasuk pertuturan manusia.

Tuan Ibrahim mendakwa pembinaan takungan dwi-fungsi Sg Klang-Sg Rasau dan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sg Golok Fasa 3 masih belum mempunyai kontraktor, dengan pembinaan takungan terbabit masih dalam 'peringkat rundingan'.

Semasa pembentangan Belanjawan 2023 yang disemak semula di Parlimen Jumaat lalu, Anwar mengumumkan pembatalan semua projek yang tidak dilaksanakan dan diberikan di bawah rundingan terus oleh pentadbiran terdahulu.

Projek tersebut termasuk kerja tebatan banjir di Sg Johor, Kota Tinggi, Johor serta projek Sg Klang-Sg Rasau dan Sg Golok.

Beliau juga berkata, kerajaan diunjurkan dapat menjimatkan RM2 bilion daripada peruntukan awal RM15 bilion untuk projek tebatan banjir.

“Projek tebatan banjir yang diluluskan secara tergesa-gesa telah dibatalkan dan kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Peguam Negara,” kata Anwar. – The Vibes, 1 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 8 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad