web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


18 Sungai Catat Bacaan Melebihi Paras Bahaya, 12 Daripadanya Di Johor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 1:26PM

Johor ketika ini mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi, membabitkan seramai 2,162 mangsa - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 18 stesen bacaan paras air di sungai utama seluruh negara mencatatkan bacaan melebihi tahap bahaya susulan hujan lebat sejak semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 12 daripadanya yang terletak di Johor ketika ini mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi, membabitkan seramai 2,162 mangsa.

Enam lagi stesen yang mencatatkan paras air melebihi tahap bahaya adalah tiga di Sarawak, dua di Pahang dan satu di Selangor.

Berdasarkan laman sesawang rasmi public info banjir https://publicinfobanjir.water.gov.my, sungai yang mencatatkan bacaan air melebihi paras bahaya di Johor adalah di Empangan Bekok, Batu Pahat (19.25 meter); Sungai Skudai di Kampung Laut, Johor Bahru (5.79 meter); Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang (16.84 meter) dan Sungai Johor di Kota Tinggi (2.87 meter).

Selain itu, Sungai Siam di Kampung Sungai Siam, Kulai (21.52 meter); Sungai Siku di Kampung Murni Jaya, Kulai (18.7 meter); Sungai Skudai di Kampung Separa, Kulai (19.05 meter) dan Sungai Ulu Pontian Besar di Kampung Melayu Bukit Batu, Kulai (12.81 meter) turut mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya.

Turut mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya adalah Sungai Pulai di Kampung Ulu Pulai, Pontian (2.88 meter); Sungai Labis di Kampung Gatom, Segamat (41.29 meter); Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat (7.91 meter); Sungai Segamat di Bandar Segamat (9.19 meter) dan Sungai Segamat di Segamat Kecil (38.32 meter).

Di Sarawak, tiga sungai utamanya yang mencatatkan bacaan air melebihi paras bahaya adalah Kaki Wong, Betong (17.78 meter); Nanga Lubau, Betong (9.93 meter) dan Muput, Bintulu (9.44 meter) dengan kesemuanya menunjukkan trend menaik sejak pagi tadi.

Di Pahang pula, dua sungai mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong, Rompin iaitu 23.24 meter dan Sungai Pukin, Rompin dengan bacaan 47.37 meter.

Manakala di Selangor, satu sungai iaitu Sungai Sompo di Pekan Beranang, Hulu Langat mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu pada 32.82 meter, namun menunjukkan trend menurun. - Getaran, 1 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

3

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad