web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pegawai Bank Ditahan Buat Kad Kredit Guna Maklumat Pelanggan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 7:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis menahan seorang pegawai bank tempatan semalam selepas disyaki menggunakan maklumat pelanggan untuk membuat permohonan kad kredit bagi kegunaan sendiri yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM563,422 di Taiping, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di rumahnya di Jinjang, Kuala Lumpur selepas polis menerima laporan daripada pengurus siasatan bank berkenaan pada 17 Januari lepas.

“Pihak berkenaan telah kerugian sebanyak RM563,422 ekoran daripada penggunaan 18 kad kredit yang telah diluluskan tanpa pengetahuan pelanggan.

“Polis turut merampas satu telefon bimbit, 16 kad kredit milik pelanggan serta 15 keping simkad,” katanya dalam kenyataan.

Razlam berkata pegawai bank berkenaan direman empat hari hingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

302 Pegawai, Anggota Polis Dipecat Sejak 2022 Hingga Februari 2024

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kanak-Kanak 9 Tahun Mati Mengejut, Polis Taiping Siasat Punca

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Bank Disaran Terus Bantu Individu Dan PKS Yang Memerlukan - PM Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad