web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Saya Mohon Maaf, Mari Teruskan Agenda Lebih Penting’ - Tuan Ibrahim

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2023 1:06PM

Tuan Ibrahim Tuan Man - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Kubang Kerian-PN) memohon maaf di Dewan Rakyat berhubung dakwaannya bahawa titah perasmian Yang di-Pertuan Agong di Parlimen disediakan kerajaan.

Timbalan Presiden PAS itu berkata, perkara tersebut tidak seharusnya berlarutan dan fokus perlu diberikan kepada isu mendesak membabitkan masyarakat umum.

“Saya percaya isu ini tidak perlu berpanjangan kerana kita ada perkara lain yang lebih penting (untuk dibincangkan).

“Oleh itu, saya rasa sekiranya saya melakukan kesalahan (dalam kenyataan saya sebelum ini), saya mohon maaf dan kita harus beralih kepada agenda lebih penting untuk kepentingan rakyat. Terima kasih,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Johari Abdul
Johari Abdul

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata, beliau baru-baru ini bertemu Tuan Ibrahim untuk membincangkan mengenai kenyataan kontroversinya itu.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen PAS itu kerana memohon maaf dengan berkata, ia adalah semangat yang harus ditegakkan di Dewan Rakyat. 

Pada 21 Februari lalu, Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Tuan Ibrahim mendakwa titah Yang di-Pertuan Agong pada 13 Februari lalu disediakan kerajaan.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga menegaskan teks ucapan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kurang menekankan aspek tertentu konsep Malaysia Madani.

“Amat memalukan bahawa titah (Diraja) yang disediakan oleh kerajaan dan dibentangkan kepada Kabinet... tidak menyebut mengenai nilai keadilan sebagai prinsip utama Malaysia Madani,” katanya.

Kata-kata Tuan Ibrahim itu menarik perhatian R.S.N. Rayer (Jelutong-PH) yang bangun mencelah, dengan membangkitkan mengenai Peraturan Mesyuarat 36(6) Dewan Rakyat bahawa ucapan tersebut membuat sangkaan jahat bahawa titah Yang di-Pertuan Agong disediakan kerajaan.

“Mengatakan titah diraja disediakan oleh kerajaan adalah tidak benar dan merupakan satu andaian yang tidak wajar terhadap Yang di-Pertuan Agong,” kata Rayer yang turut menggesa Ahli Parlimen pembangkang itu agar menarik balik kenyataannya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim menegaskan menjadi amalan biasa bagi kerajaan hari ini untuk menyerahkan teks ucapan kepada Yang di-Pertuan Agong, yang kemudiannya akan menentukan sama ada baginda akan menggunakan perkataan yang dicadangkan itu atau tidak.

Rayer bagaimanapun mendesak mantan Menteri Alam Sekitar dan Air itu untuk memohon maaf atas kenyataannya itu.

“Bagaimana anda (Tuan Ibrahim) tahu Yang di-Pertuan Agong menerima teks ucapan (daripada kerajaan) atau jika titah yang didengar di Parlimen adalah yang dicadangkan oleh Kabinet?” soalnya.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor-PH) turut bangkit mencelah dengan berkata, sebaik sahaja Yang di-Pertuan Agong menerima ucapan disediakan Kabinet itu, sekali gus bermaksud ia adalah titah baginda dan bukannya titah Kabinet. - The Vibes, 28 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad