web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PN Desak Layanan Sama Rata, Ingatkan Keistimewaan Diperoleh Anwar Sebelum Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2023 9:18PM

Hamzah Zainuddin- Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) meluahkan kekesalan susulan keengganan kerajaan memberikan peruntukan sama rata seperti yang diberikan kepada Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) ketika blok itu bergelar pembangkang.

Beberapa Ahli Parlimen PN menyatakan rasa tidak puas hati mereka di Dewan Rakyat hari ini, malah ada yang memberikan contoh keistimewaan tertentu diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika masih menyandang portfolio Ketua Pembangkang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut-PN) yang mengetuai kritikan, mempersoalkan Belanjawan 2023 apabila hak Ahli Parlimen PN dilihat seolah sengaja dinafikan.

Setiausaha Agung PN itu berkata, Anwar yang merupakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan mendapat mata tambahan jika mempertimbang rayuan pembangkang.

“Kami akan maklumkan kepada pengundi kami bahawa memang benar Tambun (Anwar) telah memberikan peruntukan yang sama rata seperti diperoleh oleh Ahli Parlimen kerajaan.

''Kami meminta dengan baik, dan jika Insya-Allah kami menerima peruntukan itu, kami akan mengumumkannya juga,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Parlimen, di sini hari ini.

Datuk Rosol Wahid (Kuala Terengganu-PN) kemudian menegaskan, Anwar sebelum ini menikmati beberapa keistimewaan seperti seorang Menteri ketika menjadi Ketua Pembangkang, dan bertanya sama ada Hamzah turut menerima keistimewaan sama.

Shahidan Kassim
Shahidan Kassim

Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau-PN) juga menyatakan bagaimana Presiden PKR itu pernah diberi khidmat pengiring polis oleh kerajaan terdahulu, ketika Hamzah menjadi Menteri Dalam Negeri.

“Tetapi kenapa sekarang Larut tidak diberikan? Adakah terdapat ketidaksamaan?” soalnya.

Memberi respon terhadap kenyataan Shahidan, Hamzah mengesahkan ketika menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri, beliau telah meluluskan perkhidmatan perngiring polis kepada Anwar dan tidak mempunyai masalah untuk berbuat demikian.

Beliau juga mencadangkan sebagai ketua kerajaan, Anwar bertanggungjawab untuk bertindak adil.

“Jika seseorang itu berkuasa dan dia mahu menjadi pemimpin yang adil, dia akan berlaku adil. Namun, jika dia berkuasa dan merasakan sekarang adalah masa untuk memberi pengajaran kepada mereka yang sebelum ini menentangnya, itu adalah masalah,” katanya.

Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran-PN) kemudian pula mengetengahkan isu memorandum persefahaman yang ditandatangani Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan ketika itu diketuai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang mana Hamzah adalah sebahagian daripada jawatankuasa rundingan.

“Bagaimana perasaan anda (Hamzah) selepas terlibat dalam rundingan MoU dan bersetuju memberikan peruntukan sama rata kepada Ahli Parlimen dan status menteri kepada ketua pembangkang, kini kita lihat wajah sebenar mereka (PH).

 Hamzah berkata: “Saya amat yakin Tambun (Anwar) sebenarnya sedang menunggu pembangkang (bertanya) bila saya ingin berjumpa dengannya.

“Saya percaya kita semua bersetuju sekiranya beliau (Anwar) membuka pintu untuk kita duduk berbincang mengenai masa depan negara, Insya-Allah kita akan melakukannya.”  – Getaran, 27 Februari 2023

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad