web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Hasrat Tambah Kuota Haji Tahun Hadapan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2023 2:36PM

Kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini ialah 31,600 namun Malaysia memohon kepada Arab Saudi untuk mendapatkan tambahan kuota kepada 31,950 pada tahun hadapan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia telah menyampaikan hasrat kepada Arab Saudi untuk mendapatkan tambahan kuota haji kepada 31,950 pada tahun hadapan selaras dengan pertambahan jumlah penduduk negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Mohd Na’im berkata hasrat itu disampaikan dalam pertemuan bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah di sini hari ini sempena lawatan kerja Tawfiq selama tiga hari ke Malaysia bermula semalam.

Dr Mohd Na’im Mokhtar - Gambar fail
Dr Mohd Na’im Mokhtar - Gambar fail

“Insya-Allah perkara ini akan terus dibincang lanjut, malah Tuan Yang Terutama (Tawfiq) menyatakan komitmen untuk membuat pertimbangan sewajarnya terhadap hasrat kita ini,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat dan mengadakan pertemuan dengan Tawfiq di pejabatnya di sini.

Kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini ialah 31,600.

Tawfiq dalam ucapannya berkata kerajaan Arab Saudi amat mengalu-alukan kedatangan jemaah haji dan umrah Malaysia ke Tanah Suci malah memberi jaminan akan sentiasa menambah baik pelbagai kemudahan khusus bagi memastikan keselesaan para jemaah untuk menunaikan ibadah.

Dalam ucapannya yang diterjemahkan oleh Pengarah Kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Abdul Karim Zakaria, beliau berkata kerajaan Arab Saudi juga bercadang meningkatkan jumlah penerbangan mingguan dari Malaysia ke Arab Saudi kepada 70 penerbangan.

Ketika ini, menurutnya terdapat 49 penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur ke Arab Saudi.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas pelbagai inisiatif serta kecekapan Malaysia dalam mengendalikan operasi haji dan umrah bagi memudahkan urusan rakyat negara ini menunaikan ibadah di Tanah Suci.

Tawfiq turut memaklumkan terdapat aplikasi baharu yang telah dilancarkan untuk kemudahan jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia iaitu Nusuk.

Aplikasi pelbagai bahasa yang boleh dimuat turun dari Google Play Store serta Apple App Store itu dilengkapi pelbagai maklumat dan kemudahan berkaitan urusan haji dan umrah. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad