web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Apa Yang Banyaknya Kita Edar Terjemahan Al-Quran? Ia Untuk Pemahaman’ - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2023 1:37PM

Anwar Ibrahim bersama timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kiri), Datuk Seri Fadillah Yusof (dua dari kanan) dan Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (kanan) pada Persidangan Antarabangsa bertajuk ‘Islam dan Islamofobia: Ke Arah Libat Urus Bermakna Menerusi Pendekatan Madani’ di sini, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak persepsi bahawa langkah Malaysia mencetak Al-Quran untuk mengedarkannya ke serata dunia bagi memerangi Islamofobia, sebagai tindakan berlebihan.

Malah, Perdana Menteri mempersoalkan kewujudan persepsi itu dan menegaskan bahawa usaha berkenaan adalah untuk memperluaskan pemahaman masyarakat dunia terhadap agama Islam.  

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

“Apakah yang banyaknya (langkah mencetak dan mengedarkan) terjemahan Al-Quran? Bukan sahaja dalam bahasa Sweden yang berjumlah 20,000, malah yang lain juga (adalah) untuk pemahaman. 

“Masalah kini adalah kefahaman. Yang menentang Islam, dia tidak pernah membaca. Yang lawan balik pun dia kata semua orang tidak betul. Itu masalah juga, semua orang kalau tidak setuju dengan dia semua orang itu liberal, semua sekular dan semua Barat. 

“Jadi kita kena baca balik teks terjemahan dan tafsir, sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan sementara mengangkat penghayatan Islam ini,” katanya kepada pemberita. 

Anwar berkata demikan selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa bertajuk ‘Islam dan Islamofobia: Ke Arah Libat Urus Bermakna Menerusi Pendekatan Madani’ di sini, hari ini. 

Beliau menjawab pertanyaan media berhubung tindakan segelintir pihak mengkritik peruntukan kerajaan untuk mencetak Al-Quran sepertimana diumumkan sebelum ini, sebagai terlalu banyak.

Sebahagian delegasi yang hadir pada Persidangan Antarabangsa bertajuk ‘Islam dan Islamofobia: Ke Arah Libat Urus Bermakna Menerusi Pendekatan Madani’ di sini, hari ini.
Sebahagian delegasi yang hadir pada Persidangan Antarabangsa bertajuk ‘Islam dan Islamofobia: Ke Arah Libat Urus Bermakna Menerusi Pendekatan Madani’ di sini, hari ini.

Pada 27 Januari lalu, Perdana Menteri mengumumkan Malaysia akan mencetak dan mengedarkan satu juta naskhah Al-Quran ke seluruh dunia, sebagai tindak balas terhadap pembakaran kitab suci itu.

Kataya, pendekatan itu lebih berfaedah sebagai langkah menyebarkan kefahaman mengenai kitab suci Islam berkenaan, supaya kandungannya dapat dihayati semua pihak tanpa mengira latar belakang fahaman dan agama.

Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya akan menyelaras usaha mencetak dan mengedarkan sejuta Al-Quran itu ke seluruh dunia, melalui kerjasama agensi di bawahnya serta Pejabat Perdana Menteri.

Ujarnya, pihak juga menyokong penuh usaha itu dan akan mengadakan perbincangan lanjut bagi memastikan inisiatif terbabit dapat direalisasikan.

Manakala, Anwar menerusi Belanjawan 2023 mengumumkan, kerajaan menyumbang RM10 juta kepada Yayasan Restu bagi pengedaran segera 20,000 naskhah terjemahan Al-Quran yang dicetak.

Jelasnya, naskhah berkenaan yang akan diterjemahkan kepada bahasa Sweden dan bahasa asing utama dunia, akan diedarkan dalam kadar segera sebagai simbolik penuh hikmah serta matang bagi menjawab serangan terhadap Islam, antaranya pembakaran kitab suci itu di Sweden, baru-baru ini,” katanya. – Getaran, 27 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad