Berita Terkini

1 jam yang lalu: MOF akan pertimbang peruntukan RM45.5 juta untuk naik taraf Kompleks Sultan Abu Bakar bagi tangani masalah kesesakan - Ahmad Maslan 3 jam yang lalu: Jepun umum kawalan eksport peralatan cip 3 jam yang lalu: Hannah Yeoh jumpa Zii Jia minggu depan 3 jam yang lalu: JPJ Selangor nafi jadi punca kemalangan, sebaliknya bantu mangsa 3 jam yang lalu: China mula buka sempadan kepada kumpulan pelancong asing

IKUTI KAMI


Kemunculan Artis Korea Popular Bakal Jadi Tarikan Dalam Malam Kemuncak Tonton Anugerah Drama Sangat 2023

Daripada total 15 kategori yang dipertandingkan itu, hanya lapan kategori sahaja yang dibuka undian untuk peminat dan selebihnya adalah menerusi penilaian juri profesional.

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2023 12:00PM

Objektif TADS adalah untuk mengangkat martabat drama-drama Melayu tempatan yang ditayangkan di slot-slot drama di saluran TV3. - Semua gambar daripada TV3

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kemunculan seorang bintang Korea terkemuka bakal menjadi tarikan pada malam kemuncak Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) 2023 yang dijadual berlangsung di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 12 Mac ini.

Tidak hanya setakat itu, TADS 2023 juga turut memperkenalkan dua kategori baharu iaitu Anugerah BBNU Tonton dan Oppa Pilihan Penonton sebagai memeriahkan lagi penganjuran malam kemuncak anugerah tersebut.

Namun, objektif asalnya tetap kekal sama iaitu mengangkat martabat drama-drama Melayu tempatan yang ditayangkan di slot-slot drama di saluran TV3 serta meraikan golongan peminat yang merupakan ‘kaki-kaki drama’ di negara ini.

Dengan penambahan dua kategori baharu dalam anugerah tersebut, malam kemuncak TADS 2023 akan menyaksikan total 15 kategori dipertandingkan.

Senarai 15 kategori itu adalah Drama Terbaik, Drama Popular, Drama Terbaik 8TV, Pengarah Terbaik, Penulis Skrip Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Popular, Pelakon Wanita Popular, Pelakon Antagonis Terbaik, Pasangan Drama Terbaik, OST Terbaik, Drama Novel Adaptasi Terbaik, Anugerah BBNU Tonton dan Oppa Pilihan Tonton.

Penerbit eksekutif TADS 2023, Nurhul Huda Hj Khalid berkata, pihaknya terlibat sepenuhnya dalam menyenaraikan pencalonan awal setiap kategori yang dipertandingkan itu.

“Pencalonan dibuat berdasarkan seleksi drama yang diperkenalkan sepanjang bulan Julai 2021 sehingga Oktober 2022 dan pemilihan yang dibuat turut mengambil kira faktor-faktor trendingnya sesebuah drama di media sosial, menjadi topik bualan yang hangat diperkatakan serta kualiti penceritaan, lakonan serta plot yang mengagumkan.

“Namun, daripada total 15 kategori yang dipertandingkan itu, hanya lapan kategori sahaja yang dibuka undian untuk peminat dan selebihnya adalah menerusi penilaian juri profesional.

“Kategori-kategori yang akan dinilai juri profesional termasuk Drama Terbaik, Pengarah Terbaik, Penulis Skrip Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik serta Pelakon Wanita Terbaik,” katanya yang ditemui di sidang media Anugerah TADS 2023 yang diadakan di IOI Mall City petang semalam.

Sherry Alhadad dan Sharifah Shahirah hos utama TADS 2023.
Sherry Alhadad dan Sharifah Shahirah hos utama TADS 2023.

Drama-drama yang berjaya di senarai pendek pada malam kemuncak anugerah TADS 2023 adalah Budak Tebing 2, Ayahanda, Melur Untuk Firdaus, Bisik Bisik Gelora, 7 Hari Mencintaiku 3, Suamiku Lelaki Pendosa, Risik Pada Hati, Khilaf Asmara, Aku Tanpa Cintamu, Sekali Lagi Cinta Kembali dan banyak lagi.

“Berdasarkan kepada drama-drama yang disenarai pendek ini, kami juga dapat menyimpulkan bahawa persaingan TADS 203 pada kali ini sangat sengit.

“Kalau kita lihat, memang ada senarai drama-drama yang sangat viral sepanjang Julai 2021 sehingga Oktober 2022. Misalnya, Suamiku Lelaki Pendosa, 7 Hari Mencintaiku 3 serta Melur Untuk Firdausi,” katanya.

Pada majlis sidang media TADS 2023 tersebut, Sherry Alhadad dan Sharifah Sharifah Shahirah telah diperkenalkan sebagai hos utama malam kemuncak anugerah ini.

Menurut Nurhul Huda, menggandingkan Sherry dan Sharifah Shahirah sebagai hos utama di pentas yang sama telah sekian lama menjadi impiannya.

“Bukan disebabkan mereka mempunyai pertalian saudara semata-mata tetapi saya rasa gandingan mereka mampu memberikan satu kelainan yang berbeza pada malam kemuncak TADS 2023 nanti,” jelasnya.

Mengenai kemunculan artis Korea, Nurhul Huda menjelaskan, pihaknya akan bekerjasama dengan tvN Asia untuk membawa salah seorang artis Korea yang menjadi pemenang bagi kategori Oppa Pilihan Penonton.

“Dalam kategori Oppa Pilihan Penonton ini, kita telah menyenarai pendek artis-artis lelaki Korea yang sednag berada di kemuncak kerjaya mereka iaitu Ahn Bo-hyun, Cha Eun-woo, Choi Si-won, Kim Min jae dan Kim Min-kyu,” katanya.

Antara barisan artis tanah air yang akan menggalas tanggungjawab sebagai penyampai anugerah malam tersebut termasuk Ummi Nazeera, Nabila Huda, Meerqeen, Anna Jobling, Fasha Sandha, Datuk Rosyam Nor, Aniq Suhair, Siti Khadijah Halim dan ramai lagi.

Lebih istimewa lagi, terdapat persembahan yang bakal memeriahkan lagi suasana majlis oleh Stacy, Mimi Fly, Liza Hanim, Misha Omar, Bella Astillah, Wani Kayrie, Ayda Jebat, Fyna Jebat, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Amir Masdi, Rahmad Mega, Zaki Yamani, Yamani Abdillah dan Hael Husaini. - Getaran, 27 Februari 2023

Sorotan

1

Tetapkan Garis Masa, Sasaran Selesai Isu Doktor Kontrak Dalam 3 Tahun

2

Pharmaniaga Jamin Bekalan Ubat Tidak Terjejas - Menteri

3

Saya Hormat Kebebasan Media, Tapi Akan Tegur Jika Laporan Menimbulkan Fitnah - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Kekal Dipenjara Selepas Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Semakan Kes SRC

oleh Amar Shah Mohsen

Singapura 14 jam yang lalu

Sistem Imigresen Di Pintu Masuk Singapura Kembali Beroperasi

Semasa 2 jam yang lalu

Tetapkan Garis Masa, Sasaran Selesai Isu Doktor Kontrak Dalam 3 Tahun

oleh Susan Albert

Semasa 1 hari yang lalu

UiTM Cuba Sekat Program Diskusi Ilmiah Mahasiswa?

oleh Farhana Farush