web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Komited Atasi Kemiskinan Malnutrisi Murid, KPM Pantau Penyedia Makanan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 8:49PM

KPM menerima peruntukan RM777 juta pada Belanjawan 2023, berbanding RM625 juta pada tahun lalu, bagi menyediakan makanan berkhasiat di bawah RMT yang memanfaatkan 700,000 murid. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat pemantauan ke atas penyedia makanan di kantin sekolah di bawah kendaliannya bagi memastikan hidangan disediakan adalah berkualiti dan berkhasiat.

Jurucakap KPM berkata, pemantauan itu adalah sejajar usaha komited kementerian untuk mengatasi isu kemiskinan malnutrisi dalam kalangan murid sekolah.

Katanya, KPM menerima peruntukan RM777 juta pada Belanjawan 2023, berbanding RM625 juta pada tahun lalu, bagi menyediakan makanan berkhasiat di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang memanfaatkan 700,000 murid.

“RM108 juta pula diperuntukkan menerusi belanjawan sama untuk Program Makanan Prasekolah di bawah KPM yang akan memanfaatkan lebih 240,000 murid.

“(Justeru), KPM komited untuk mengatasi isu kemiskinan malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak sekolah melalui program ini,” katanya menerusi kenyataan.

Ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa KPM menerima peruntukan kewangan terbesar, iaitu RM55.2 bilion berbanding RM52.6 bilion pada 2022.

Menurutnya, daripada peruntukan itu, sejumlah RM2.3 bilion disediakan untuk memastikan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran terbaik dapat disediakan di semua sekolah.

Anwar berkata, ia meliputi kerja naik taraf bangunan dan infrastruktur di 380 sekolah daif, khususnya di Sabah dan Sarawak melalui kaedah perolehan khas untuk kesegeraan.

Peruntukan itu jelasnya, membabitkan kerja menyelenggara kemudahan semua jenis sekolah seperti pembaikan tandas, pendawaian dan saliran sekolah, selain menggantikan perabot serta peralatan asrama dan kelas yang sudah uzur.

Perdana Menteri berkata, sekolah yang mempunyai murid berkeperluan khas akan dilengkapkan dengan kemudahan mesra orang kelainan upaya (OKU), malah disediakan dewan terbuka bagi memberi keselesaan untuk murid berhimpun.

Jurucakap KPM memaklumkan, RM20 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan program gotong-royong di semua sekolah di seluruh negara bagi memupuk perpaduan, di samping mengangkat peranan ibu bapa, komuniti dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam pembangunan murid di sekolah.

Ujarnya, kerajaan juga memperuntukkan sejumlah RM20 juta kepada tiga buah agensi bagi menggalakkan aktiviti terjemahan dan penerbitan, dengan dua daripadanya adalah di bawah KPM, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

“Peruntukan diumumkan ini akan dapat memacu komitmen berterusan KPM untuk meningkatkan lagi kualiti infrastruktur sedia ada di sekolah.

“KPM menggalas tanggungjawab besar dalam memastikan setiap perbelanjaan daripada peruntukan Belanjawan 2023 dapat memberi impak optimum kepada pembangunan pendidikan negara menerusi tujuh teras digariskan,” katanya. – Getaran, 26 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad