web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


IPR Fokus 4 Perkara ‘Buang’ Status Miskin Tegar, Elak B40 Lebih Susah - Rafizi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 12:13PM

Ia bagi memastikan 2.91 juta isi rumah di dalam kategori berpendapatan rendah (B40), tidak ‘tergelincir’ ke kumpulan miskin tegar. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan menumpukan empat perkara menerusi Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang dilancarkan hari ini, bagi mewujudkan ekosistem mampan dan berkelangsungan untuk memastikan seramai 126,372 isi rumah dikeluarkan daripada garis kemiskinan tegar.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, empat perkara ditumpukan itu juga bagi memastikan 2.91 juta isi rumah di dalam kategori berpendapatan rendah (B40), tidak ‘tergelincir’ ke kumpulan miskin tegar.

Katanya, perkara pertama adalah pertanggungjawaban berkumpulan yang menyaksikan ahli isi rumah diwajibkan menyerai Koperasi Basmi Miskin Tegar (KOMBIT).

“Tumpuan kedua adalah memberikan bimbingan akar umbi berterusan membabitkan pembimbing komuniti dan peserta B40.

“Isi rumah miskin tegar ini juga akan menerima bantuan bulanan selama 24 bulan. Tempoh masa penjanaan pendapatan yang dibimbing dan ada kawalselia.

“Seterusnya, aktiviti penjanaan pendapatan mengikut templat yang menyaksikan aktiviti dipadankan dengan rantaian permintaan setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Cempaka, Ampang, Selangor yang turut disiarkan secara langsung menerusi Facebooknya hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Majlis dirasmikan Rafizi itu bertujuan memberi penerangan berhubung IPR yang akan memberi fokus bagi membantu B40 dan miskin tegar menambah pendapatan mereka, bermula dengan beberapa teras aktiviti ekonomi sudah dikenalpasti Kementerian Ekonomi, selain bakal diberikan tumpuan sepenuhnya.

Berbicara mengenai pandangan pihak tertentu bahawa kerajaan masih gagal membantu mengatasi isu rumah miskin tegar walaupun jumlahnya hanya 126,372 ketika ini, Rafizi berkata, ia kurang relevan dilontarkan.

“Usaha kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, agensi awam serta pihak swasta untuk bantu miskin tegar dah bermula 70 tahun lalu.

“Setiap kerajaan ada program, cuma kita ada masalah utama untuk laksana dan perlu perbaiki dari semasa ke semasa. Ada cabaran semasa menyebabkan masa diambil pegawai dan agensi untuk atasinya panjang,” katanya.

Mengulas mengenai cabaran pembasmian miskin tegar dihadapi kerajaan selama ini, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, ia disebabkan pelbagai faktor, iaitu proses pemetaan dan pengesahan miskin tegar, pemutihan senarai miskin tegar, kegiatan penjanaan pendapatan tidak berkekalan, risiko kegiatan penjanaan pendapatan (lokasi, persaingan, kemahiran), kelangsungan penjanaan pendapatan dan risiko tergelincir kembali ke kategori miskin tegar.

Tegasnya, ramai tidak memahami mengapa kerajaan tidak mahu menaikkan gaji melepasi garis pendapatan isu rumah miskin tegar kerana mereka mendakwa ia boleh menyebabkan individu keluar dari senarai itu.

Menjawab kenyataan itu, perkembangan keadaan dan ekonomi membuatkan keadaan berubah, antaranya komitmen sedia ada serta situasi semasa, jadi sukar untuk kerajaan terus menambah had pendapatan mereka.

“Sebagai contoh situasi itu adalah individu isi rumah miskin tegar yang mahu berniaga dibantu, diberi alatan termasuk mesin untuk menggerakkan usaha mereka. Ada berjaya, masuk ke B40 tetapi disebabkan risiko semasa, dua tiga bulan bisnes dijalankan tidak mendatangkan hasil baik.

“Ini menyebabkan mereka kembali ke keadaan sebelum itu dan berisiko tergelincir ke kategori miskin tegar. Jadi kita sekarang rangka strategi menjana pendapatan untuk kelangsungan kewangan,” katanya. – Getaran, 26 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad