web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bumbung Myvi Berlubang Dipercayai Terkena Bahan Letupan Jenis Belerang - Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 7:21AM

Kejadian letupan berlaku ketika pemilik kereta berada di ruang tamu rumah dan dimaklumkan oleh isterinya yang ternampak percikan api di atas kereta mangsa. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Letupan yang berlaku hingga menyebabkan bumbung sebuah kereta Perodua Myvi berlubang di hadapan sebuah rumah di Padang Jawa, dekat sini, pada awal pagi,17 Feb lalu dipercayai berpunca daripada bahan letupan berasaskan belerang. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim, berkata kejadian letupan pada jam 3.50 pagi itu berlaku ketika pemilik kereta berusia 35 tahun itu berada di ruang tamu rumah dan dimaklumkan oleh isterinya yang ternampak percikan api di atas kereta mangsa.

"Selang dua minit, mangsa yang bekerja sebagai penghantar barang bungkusan keluar dari rumah untuk memeriksa keadaan di luar rumah yang dipenuhi asap dan kemudiannya terus menghubungi pihak polis," katanya, dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati Myvi berwarna kuning milik mangsa yang diparkir di hadapan rumahnya berlubang di bahagian bumbung dipercayai kesan gelombang letupan kerana kesan lekukan besi bumbung kereta yang masuk ke arah dalam.

"Pemeriksaan dalam kereta tersebut tidak menjumpai apa-apa senjata atau benda asing dan menurut saksi kejadian iaitu jiran mangsa telah mendengar satu bunyi letupan yang kuat sekitar jam 3.50 pagi," katanya.

Katanya, pemeriksaan di tempat kejadian oleh pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor bersama forensik Bukit Aman dari unit Pemusnah Bom mendapati pembuatan bahan letupan itu adalah dari individu yang mempunyai pengetahuan tentang bom manakala bahan letupan adalah dari jenis ‘low explosive’, iaitu serbuk belerang.

Mohd Iqbal berkata teknik yang digunakan untuk menyebabkan letupan tersebut adalah teknik bakar kerana polis menjumpai sumbu dipercayai digunakan untuk memulakan letupan tersebut namun tiada sebarang kemalangan jiwa dalam kejadian. 

Mohd Iqbal berkata setakat ini, seramai 10 saksi telah dirakam percakapan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan. 

Sebarang maklumat berkaitan kes tersebut boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, ASP Mohammad Khairi, di talian 012-2666025. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 2 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini