web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nur Erwani Kongsi Detik Gembira Ainul Tanpa Tiub Pernafasan Di Leher

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 8:00PM

Ainul Mardhiah tidak lagi memerlukan tiub pernafasan dilehernya. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kanak-kanak yang pernah menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin sudah tidak lagi menggunakan tiub pernafasan di leher (trachy).

Berita baik itu dikongsi ibunya, Nurul Erwani Zaidi menerusi Instagram miliknya, hari ini.

“24 jam tanpa trachy (tiub pernafasan di leher). Good job (Syabas) Ainul,” katanya.

Menurut Nurul Erwani, tiub pernafasan di leher anak sulungnya itu dicabut dengan pemantauan sebuah hospital kanak-kanak swasta di Shah Alam, Selangor, semalam.

“Bermula tahun lepas Ainul kritikal, Dr Jaseem hubungi kami suruh bawa jumpa dia untuk nasihatkan kami yang sebenarnya trachy itulah punca kenapa Ainul selalu kena infection (jangkitan).

“Bila ditanya kami bila plan (rancang) untuk cabut trachy, kami hanya kata tiada rancangan dari mana-mana. Lama dah kami tunggu saat ini.

“Inilah saat yang ditunggu. Bila masa pada 24 Februari 2023 (semalam), Ainul boleh bernafas normal seperti manusia normal tanpa ada benda asing ditekaknya. Alhamdulillah, syukur,” katanya.

Jelas ibu kepada tiga anak itu, Ainul juga sudah pandai makan dan menelan seperti kanak-kanak normal.

“Ainul sangat tak dijangka, sebenarnya dia boleh buat apa yang sepatutnya budak normal buat. Dr Jaseem pun kata Ainul memang boleh buat semua itu.

“It’s ok (Tidak mengapa) Ainul. Masih ramai lagi yang boleh bantu kita. Ramai sangat yang sayangkan Ainul,” katanya.

Sementara itu, bapa Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak turut berkongsi kegembiraan melihat anaknya tanpa tiub pernafasan di leher.

“Macam ini rupanya anak walid bila tak ada tiub di leher. Alhamdulillah,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Menerusi hantaran sama, Ahmad Saifuddin memaklumkan Ainul masih dalam pemantauan doktor dan perlu menjalani beberapa prosedur untuk memastikan sama ada tiub itu boleh dicabut secara kekal atau sebaliknya, Isnin ini.

“Tapi buat masa ini, sudah sembilan jam Ainul tanpa tiub pernafasan di leher. Malam ini walid overtime (lebih masa) tak tidurlah duduk sebelah tengok Ainul ok ke tak,” katanya.

Pada 1 Ogos tahun lalu, Nurul Erwani berkongsi Ainul dilaporkan berada dalam keadaan kritikal menerusi platform Instagram (IG) miliknya.

Namun keadaan kesihatan Ainul menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa dan dilihat mampu membuka mata walaupun hanya seketika.

Pada 13 Ogos tahun sama, Ahmad Safiuddin memaklumkan Ainul sudah sedar dan tidak lagi bergantung dengan alat bantuan pernafasan.

Kisah penderitaan Ainul mendapat perhatian ramai pihak termasuk Dr Nur Amalina Che Bakri yang membantu menjalankan pembedahan di London, United Kingdom (UK), bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya ketika kanak-kanak itu berusia sembilan bulan pada Jun 2019. - Getaran, 25 Februari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad