web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cuaca Buruk Diramal Landa Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 7:11PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan berstatus buruk dan waspada di sebahagian besar kawasan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Berdasarkan amaran itu, MET Malaysia meramalkan hujan lebat berstatus buruk berlaku di empat daerah di Sarawak, iaitu Kuching, Serian, Samarahan dan Mukah.

Menurutnya, amaran hujan lebat berterusan berstatus buruk dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan cuaca itu dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh enam jam.

“MET Malaysia turut mengeluarkan amaran hujan lebat berstatus waspada di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, iaitu Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dalam tempoh bermula Selasa (28 Februari) sehingga Rabu (1 Mac).

“Hujan berterusan juga dijangka berlaku di Sarawak, iaitu di daerah Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Bintulu (Tatau dan Bintulu) hingga Isnin ini.

“Hujan berterusan juga diramalkan berlaku di Sabah membabitkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat dalam tempoh bermula esok sehingga Isnin,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut jabatan kaji cuaca itu, amaran hujan lebat berterusan berstatus waspada dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan hujan atau petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.

Sementara itu, MET Malaysia juga mengeluarkan amaran kenaikan paras air laut yang dijangka berlaku di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan bermula esok sehingga Selasa depan.

“Keadaan tersebut berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai,” katanya.

Pada masa sama, menurut jabatan tersebut, pihaknya mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga (merah) di perairan Condore, utara Bunguran dan barat Reef North dengan kelajuan angin boleh mencapai 60 kilometer sejam serta ombak setinggi 4.5 meter.

“Selain itu, angin kencang timur laut berkelajuan 40 ke 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, dijangka berlaku di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan sehingga Rabu depan,” katanya.

MET Malaysia juga mengeluarkan amaran angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka melanda di kawasan perairan Samui, Tioman, selatan Bunguran, Reef South, Layang-Layang, Labuan dan barat Palawan sehingga Rabu depan. - Getaran, 25 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Hilang Sabar, Kelemahan Penguatkuasaan, Tadbir Urus Perlu Ditangani Serius

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Alhamdulillah, Hujan Rahmat Membasahi Bumi Makkah

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Hati-Hati Memandu Ketika Hujan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad