web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KDN Lulus 380,000 Permohonan Pekerja Asing - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 6:10PM

Kelulusan ini diberikan kepada beberapa sektor kritikal seperti perladangan, pertanian, perkilangan dan perkhidmatan. - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PADANG BESAR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan 380,000 permohonan pekerja asing bagi memenuhi keperluan ekonomi negara.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya telah melakukan pelan kelonggaran bagi memenuhi permintaan industri setelah menerima pemberitahuan daripada pihak Bank Negara agar memudahkan proses permohonan pekerja asing.

“Sehingga kini KDN telah meluluskan 380,000 permohonan daripada warga asing yang tinggal lebih tempoh dan tidak mempunyai dokumen agar mereka segera mencari majikan.

“Kelonggaran ini diberikan kepada beberapa sektor kritikal seperti perladangan, pertanian, perkilangan dan perkhidmatan,” kepada pemberita selepas melawat Kompleks ICQS Padang Besar di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Pengarah Jabatan Imigresen Perlis  Khairul Amin Taib.

Katanya pada peringkat pertama ini, permintaan tenaga asing daripada pemain industri adalah sehingga 518,000 orang.

Beliau berkata tindakan itu diambil bagi membantu perkembangan ekonomi sekurang-kurangnya kepada satu peratus.

Saifuddin Nasution berkata usaha ini adalah penting bagi membantu usaha perkembangan ekonomi negara yang dijangka berkembang kepada 4.5 peratus seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2023 semalam.

Katanya di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) jumlah pekerja asing tidak boleh melebihi 2.4 juta orang menjelang 2025 dan sehingga kini terdapat 1.5 juta pekerja asing di negara ini.

Beliau juga berkata  Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini dalam proses akhir pemerolehan kamera badan bagi kegunaan agensi di bawahnya termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Saifuddin Nasution berkata pihaknya kini sedang memuktamadkan kontraktor yang layak bagi mengendalikan pemerolehan kamera badan itu dengan melibatkan peruntukan RM30 juta yang telah diluluskan oleh pihak Kementerian Kewangan (MOF) pada tahun lepas.

Beliau berkata penggunaan kamera badan dilihat mampu meningkatkan integriti perkhidmatan, malah menjadi sumber bukti kepada anggota polis dan petugas agensi keselamatan lain serta dapat mengawal manipulasi, meningkatkan kepercayaan orang ramai dan meningkatkan keyakinan anggota penguat kuasa untuk menjalankan tugas secara profesional. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Program DPP Tidak Bermakna Pelarian Terus Menetap Di Malaysia - Saifuddin

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Guna Sistem Baharu Bestinet Untuk Ambil Pekerja Asing, Kerajaan Persoal Laporan Bloomberg 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pekerja Ladang Warga Asing Maut Ditetak

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi