web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aspek Kebajikan Angkatan Bersenjata Terus Dipelihara - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 8:03PM

Lebih RM500 juta disediakan untuk menyelenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera dan membaik pulih kuarters kediaman dan institusi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aspek kebajikan angkatan bersenjata negara akan terus dipelihara oleh kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada pembentangan Belanjawan 2023 di Parlimen di sini hari ini, Anwar mengumumkan bahawa lebih RM500 juta disediakan untuk menyelenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera dan membaik pulih kuarters kediaman dan institusi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Bagi membantu pemilikan rumah mampu milik bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara berfasa, kerajaan akan membina lebih 7,000 unit rumah mampu milik di bawah Program Satu Anggota Satu Rumah (SASAR) di Kuala Lumpur," katanya.

Anwar tersenyum sebaik keluar dari Dewan Rakyat selepas membentangkan Belanjawan 2023, di sini, hari ini. - Gambar oleh Abd Razak Latif
Anwar tersenyum sebaik keluar dari Dewan Rakyat selepas membentangkan Belanjawan 2023, di sini, hari ini. - Gambar oleh Abd Razak Latif

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju supaya Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) menawarkan peluang untuk anggota meneruskan bayaran baki pinjaman seperti biasa sehingga selesai.

Jelasnya, menurut peraturan semasa, anggota yang meninggalkan perkhidmatan atau bersara tidak berpencen perlu membuat penyelesaian penuh baki pembiayaan LPPSA.

"Usaha ini membolehkan 4,000 peminjam LPPSA layak menstruktur semula pembiayaan mereka dan 700 peminjam bakal bersara tidak berpencen setiap setahun meneruskan bayaran balik pinjaman seperti biasa," katanya.

Memahami kekhuatiran veteran ATM yang menghadapi kesukaran mendapat pekerjaan selepas umur persaraan, Anwar bertekad untuk memastikan golongan itu menerima peluang pekerjaan dan kemudahan latihan.

"Pentadbiran ini akan melaksanakan Program Kerjaya Kedua Veteran ATM menerusi kerjasama LTAT. Di bawah ikhtiar ini, seramai 5,000 veteran ATM yang berpencen tahun ini akan ditawarkan peluang pekerjaan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau menerima latihan kemahiran untuk meningkatkan peluang menjana pendapatan.

"Untuk meningkatkan kemahiran 1,250 orang veteran, Jabatan Hal Ehwal Veteran bersama-sama agensi kerajaan lain akan menawarkan lima bidang kursus antaranya pengendalian dron, keselamatan siber dan penyelenggaraan pesawat selama tiga bulan," katanya. - Getaran, 24 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar