web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Peruntuk RM64 Bilion Untuk Mengurangkan Beban Sara Hidup

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 6:37PM

Anwar memaklumkan kerajaan akan menyediakan sehingga RM64 bilion dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif kepada golongan yang memerlukan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kos sara hidup menjadi antara fokus utama kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2023 di Parlimen Hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar dalam ucapan di Dewan Rakyat hari ini berkata, kerajaan akan menyediakan sehingga RM64 bilion dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif.

''Sejumlah besar dana ini adalah untuk meminimumkan kos sara hidup melalui kawalan harga barangan, bantuan kewangan dan menyediakan perkhidmatan kepada kebanyakan orang.

''Ini bukan jumlah yang kecil. Justeru, kementerian yang berkaitan perlu memastikan pelaksanaan yang berkesan dan mengelakkan sebarang ketirisan demi maruah rakyat,” kata Anwar hari ini.

Menteri Kewangan itu juga berkata tahun 2023 adalah tahun di mana iltizam kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar, melibatkan kira-kira 130,000 rakyat susah tanpa mengira latar belakang kaum, wilayah dan negeri.

Anwar berbual dengan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum masuk ke Parlimen. - Gambar oleh Azim Rahman
Anwar berbual dengan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum masuk ke Parlimen. - Gambar oleh Azim Rahman

Kerajaan juga, katanya akan melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan menumpukan kepada pengupayaan golongan miskin supaya meningkatkan potensi pendapatan menerusi RM750 juta yang disalurkan kepada Kementerian Ekonomi.

''“Sebarang bantuan kemiskinan mesti dilakukan dengan usaha menyelesaikan masalah miskin tegar supaya Malaysia tersenarai antara negara pertama yang dapat menyelamatkan rakyat daripada belenggu kemiskinan tegar,” tambah Anwar.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kerajaan mengalu-alukan langkah kerajaan negeri Sarawak dan Sabah yang telah bersetuju untuk meneruskan program pembasmian sebahagian bayaran hasil petroleum dari kedua-dua negeri bagi program-program pembasmian kemiskinan.

Selaras dengan itu, Kementerian Kewangan juga akan memperuntukkan sebahagian daripada Wang Ehsan Kelantan dan Terengganu supaya disalurkan secara langsung khususnya untuk membantu golongan miskin.

Anwar turut mengumumkan kerajaan akan memperuntukkan RM30 juta untuk menyokong usaha yang dibuat oleh UNDP dan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia bagi memperbanyak aktiviti berkaitan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

Ini termasuklah 10 juta ringgit bagi menggerakkan program kebun komuniti di peringkat Parlimen bagi menyokong agenda keterjaminan makanan. - The Vibes, 24 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad