web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Belanjawan 2023: NADMA Dapat RM150 Juta Persiapan Hadapi Bencana

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 5:49PM

Anwar berkata prestasi pasukan penyelamat negara di Turkiye baru-baru ini amat cemerlang dan membanggakan justeru persiapan berdepan ancaman boleh dipertingkatkan berdasarkan pengalaman di dalam negara dan antarabangsa. - Gambar dari Facebook NADMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM150 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai persiapan berdepan bencana di dalam dan luar negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 berkata, persiapan mendepani ancaman tersebut boleh dipertingkatkan berdasarkan pengalaman di dalam negara dan antarabangsa.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan turut memperuntukkan dana tambahan sebanyak RM50 juta kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Anwar ketika tiba di Parlimen untuk pembentangan Belanjawan 2023, hari ini. - Gambar oleh Abd Razak Latif
Anwar ketika tiba di Parlimen untuk pembentangan Belanjawan 2023, hari ini. - Gambar oleh Abd Razak Latif

“Prestasi pasukan penyelamat kita di Turkiye baru-baru ini amat cemerlang dan membanggakan. Persiapan mendepani ancaman ini boleh dipertingkatkan berdasarkan pengalaman di dalam negara dan peringkat antarabangsa

“NADMA disediakan RM150 juta untuk keperluan ini. Angkatan Tentera Malaysia, bomba dan RELA disediakan RM50 juta tambahan. Tentunya peranan komuniti turut diperkasa RM20 juta disediakan di bawah Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti untuk manfaat 2,000 persatuan penduduk,” katanya.

Peruntukan RM150 juta yang disediakan kepada NADMA akan digunakan untuk perolehan aset, sistem amaran dan bantuan banjir. - Gambar oleh Alif Omar
Peruntukan RM150 juta yang disediakan kepada NADMA akan digunakan untuk perolehan aset, sistem amaran dan bantuan banjir. - Gambar oleh Alif Omar

Perdana Menteri berkata, peruntukan RM150 juta yang disediakan kepada NADMA akan digunakan untuk perolehan aset, sistem amaran dan bantuan banjir berdasarkan peruntukan yang diletakkan di bawah Ikhtiar Tiga: Mendepani Musibah Bencana.

“Malaysia menghantar dua pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART),  termasuk dua anjing pengesan (K9) serta membina Hospital Medan Malaysia Tahap Tiga yang dikendalikan Angkatan Tentera Malaysia.

“Selain bantuan tenaga kerja bagi misi SAR, Malaysia turut menyalurkan bantuan dana kemanusiaan kepada Turkiye dan Syria sebanyak RM20 juta,” katanya.

Pada 6 Februari lalu, gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Ritcher melanda selatan Turkiye serta Syria, dan setakat 13 Februari, bilangan kematian dilaporkan mencecah 31,644 orang, dengan 106,428 lagi cedera, manakala di Syria pula pula mencatatkan 5,329 kematian manakala 14,500 lagi cedera. – Getaran, 24 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar