web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Peruntuk RM1.2 Bilion Baiki Segera Klinik, Sekolah Daif

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 5:15PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Demi memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian, Kerajaan Perpaduan akan menyegerakan projek prasarana untuk golongan itu, termasuk menyiapkan secepat mungkin pembaikan 400 klinik dan 389 sekolah daif di negara ini dengan peruntukan RM1.2 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, had sebut harga perolehan kerja pembaikan sekolah dan klinik daif ditingkatkan kepada RM1 juta, berbanding RM500,000 bagi menyegerakan pelaksanaan ‘projek raksasa’ itu.

Perolehan secara cabut undi katanya, ditambah kepada RM200,000, berbanding 100,000

“Terkait hal sama, isu kemalangan jalan raya yang kian meningkat juga perlu segera ditangani, lebih-lebih lagi jika disebabkan kelemahan prosedur kerajaan menyelesaikan masalah keselamatan jalan raya.

“(Justeru), kerajaan menyediakan 2.7 bilion ringgit untuk menyelenggarakan dan menaik taraf jalan Persekutuan. Bagi melaksanakan penyelenggaraan kecil, RM300 juta disediakan khusus untuk kontraktor G1 hingga G4,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.

Menurutnya, RM1.5 bilion juga disediakan bagi menaik taraf dan membina jalan perhubungan desa dan jalan luar bandar baharu.

Bagi isu jalan berlubang jelas beliau, khidmat jurutera daerah akan digunakan untuk menyegerakan penurapan kerosakan jalan Persekutuan serta pembaikan segera lain berdasarkan aduan rakyat yang diterima.

Pada masa sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, kerajaan menyediakan RM100,000 untuk setiap daerah.

Jelasnya, RM50 juta disediakan untuk segera memasang lampu jalan khususnya di kawasan kemalangan tinggi.

“Kerajaan akan meningkatkan pemberian MARRIS yang bertujuan untuk menyelenggarakan jalan negeri kepada RM33 bilion.

“Kerajaan Persekutuan sudah memberi kelonggaran, termasuk membenarkan penggunaan MARRIS untuk membaiki dan mengganti jalan, jambatan serta longkang rosak akibat bencana,” katanya. - Getaran, 24 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad