web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembatalan Ceramah UAI Kerana Tiada Tauliah Mengajar Di Selangor – JAIS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 3:14PM

Azhar Idrus - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama Islam di negeri itu.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atau JAIS adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa di Selangor.

Mohd Shahzihan Ahmad
Mohd Shahzihan Ahmad

“Semua individu yang mengajar berkaitan agama Islam di Selangor perlu mematuhi undang-undang dan peraturan.

“Pihak masjid atau surau juga tidak boleh menjemput individu tiada tauliah mengajar yang diberi bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 Pindaan 2016,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas pembatalan kuliah maghrib perdana UAI yang dijadualkan berlangsung di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di Shah Alam pada Ahad ini.

Terdahulu, pengendali Facebook UAI memaklumkan, ceramah tersebut terpaksa dibatalkan atas arahan JAIS.

Bagaimanapun katanya, kuliah maghrib pada tarikh tersebut akan ditukarkan lokasi ke Masjid Ar-Rahimah Kg Pandan di sini.

Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pernah menitahkan agar tauliah mengajar agama Islam di negeri itu yang telah diberikan kepada mana-mana aktivis politik ditarik balik berkuatkuasa 31 Disember 2021.

Selain itu, mana-mana pihak yang bertindak dengan cara menghina kuasa yang sah, atau mengingkari atau mempertikaikan titah Sultan Selangor atas sifat baginda sebagai ketua agama Islam berhubung dengan penarikan balik tauliah mengajar agama Islam bagi mana-mana aktivis politik juga adalah suatu kesalahan di bawah perenggan 12(a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995).

Jika disabitkan kesalahan mana-mana pihak yang ingkar, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua hukuman berkenaan. - Getaran, 24 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek