web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mangsa Gempa Bumi Di Turkiye Dan Syria Perlukan Pendanaan - PBSMM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 9:20AM

Hakim berkata (tengah), TRC memerlukan sokongan dalam bentuk pendanaan termasuk dari segi aset kenderaan bagi tujuan mengangkut dan menghantar bantuan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria memerlukan sokongan dalam bentuk pendanaan bagi membolehkan operasi bantuan menumpukan kepada memberi perlindungan kecemasan, perkhidmatan kesihatan bergerak dan penyediaan stok makanan, menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM).

Setiausaha Agung PBSMM, Hakim Hamzah, berkata ini berdasarkan laporan penilaian awal pasukan MRCS untuk misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke kawasan yang terjejas di Turkiye dan Syria.

"Berdasarkan laporan awal PBSMM, Turki Red Crescent (TRC) memerlukan sokongan dalam bentuk pendanaan termasuk dari segi aset kenderaan bagi tujuan mengangkut dan menghantar bantuan.

"PBSMM akan terus bekerjasama rapat dengan TRC dan Bulan Sabit Merah Arab Syria  (SARC) untuk menyokong operasi bantuan kemanusiaan dan respons kepada komuniti yang terjejas akibat gempa bumi,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PBSMM, di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi PBSMM Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Hakim berkata PBSMM telah menghantar lebih lima tan barang bantuan kepada mangsa gempa seperti makanan dan barangan bantuan asas - iaitu khemah, selimut, beg tidur dan ubat - yang dihantar melalui operasi khas oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 

Beliau berkata jumlah dana yang dikumpulkan PBSMM untuk gempa bumi Turkiye dan Syria berjumlah lebih RM159,000 setakat 22 Feb.

Mereka yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui cek/draf bank/pemindahan bank ke nombor akaun: 5144 2210 2657 (Maybank); Nama Akaun: Malaysian Red Crescent Society (Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia); Kod Swift: MBBEMYKLXXX; Kod Rujukan: Turkiye Syria Rayuan.

Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-2143 8122 atau e-mel: [email protected]. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Malaysia Sedia Hulurkan Bantuan - PM

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi Magnitud 4.8 Gegarkan New Jersey, New York

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Pihak Berkuasa Jepun Masih Kesan 51 Orang Yang Dilaporkan Hilang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad