web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siasatan Terhadap Muhyiddin Masih Belum Selesai – SPRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 11:37AM

Azam Baki berkata, kertas siasatan itu masih belum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC). - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkait penglibatannya dalam projek Jana Wibawa masih belum selesai.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, kertas siasatan itu masih belum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Belum lagi. Siasatan sedang dijalankan,” katanya seperti dilaporkan portal FMT.

Menurut beliau, beberapa kertas siasatan yang dikaitkan dengan Jana Wibawa akan dibuka. - The Vibes, 23 Februari 2023

Sementara itu, Azam berkata, seorang individu yang mendakwa SPRM menawarkan RM10 juta kepada bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk mengubah kenyataannya ditahan semalam kerana mengganggu siasatan.

Tambahnya, individu terbabit, Mohamad Shafiq Abdul Halim ditahan kira-kira jam 3.30 petang semalam selepas dia hadir di ibu pejabat SPRM ketika dipanggil.

Sebelum ini, Shafiq pernah memohon maaf atas kenyataannya itu dengan berkata, dia tidak berniat untuk menuduh sesiapa dan menyifatkan kenyataannya itu sebagai respons kepada khabar angin.

Kelmarin, Wan Saiful dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta tahun lalu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, juga didakwa di mahkamah sama atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM500,000 berkaitan Jana Wibawa.

Bagaimanapun, Wan Saiful, 48, dan Adam Radlan, 42, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya masing-masing di hadapan Hakim, Azura Alwi dan Suzana Hussain. 

Terdahulu, dalam jawapan bertulis di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan, beberapa senarai Surat Setuju Terima (SST) yang dikeluarkan menerusi projek di bawah Jana Wibawa membabitkan ahli keluarga pemimpin utama parti politik tertentu.

Azalina berkata, sebanyak 56 projek mendapat surat terbabit sementara keseluruhan projek itu bernilai RM6.3 bilion.

Untuk rekod, Jana Wibawa diperkenalkan kerajaan bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mempercepat pelaksanaan projek untuk merancakkan ekonomi negara ketika serta pasca pandemik COVID-19. – Getaran, 23 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar