web statsweb stats

Berita Terkini

6 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Jurutera Marin Bina Campertruck Buatan Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 10:23AM

Usaha secara komersial sejak setahun itu juga telah membolehkan kenderaan 4WD diubah suai menjadi sebuah campertruck. - Gambar ihsan FB CamperV Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kira-kira empat tahun lepas dengan hanya sekadar mencuba membaik pulih pelbagai kenderaan rekreasi (RV) telah mendorong seorang ahli perniagaan, Shamsul Rosli mengembangkannya dengan menubuhkan sebuah kilang bagi memenuhi permintaan industri itu yang semakin mendapat tempat.

Dikenali sebagai Camperv M dan terletak di Seremban, Negeri Sembilan, kilang itu menyediakan kepakaran dan khidmat profesional untuk membaik pulih, mereka cipta, mengubah suai pelbagai model kenderaan RV seperti karavan, campervan dan motorhome yang diimport dari luar negara.

Lebih membanggakan, usaha yang dilakukan secara komersial sejak setahun itu juga telah membolehkan kenderaan pacuan empat roda (4WD) diubah suai menjadi sebuah campertruck, antara kilang yang terawal di dalam negara yang berkeupayaan melakukannya.

Berkongsi kejayaan itu kepada Bernama baru-baru ini, Shamsul yang juga bekas jurutera marin itu berkata sebelum membuka bengkel, beliau 'terbang' ke United Kingdom (UK) semata-mata untuk membeli dan mempelajari selok-belok bagi memiliki sebuah karavan yang diimpikan.

Shamsul Rosli (kiri) mengembangkannya dengan menubuhkan sebuah kilang bagi memenuhi permintaan industri itu yang semakin mendapat tempat. - Gambar ihsan FB CamperV Malaysia
Shamsul Rosli (kiri) mengembangkannya dengan menubuhkan sebuah kilang bagi memenuhi permintaan industri itu yang semakin mendapat tempat. - Gambar ihsan FB CamperV Malaysia

“Di UK saya beli sebuah van Mercedes-Benz Sprinter WB yang kosong untuk diubah suai dijadikan karavan. Pada masa sama, saya juga melawat ke beberapa kilang bagi mempelajari kaedah pembuatan karavan dengan mereka yang pakar di sana.

“Selepas membawanya pulang ke Malaysia, terdetik di fikiran yang merasakan ada perkara lagi yang masih tidak memuaskan dengan karavan saya beli seperti di dalam kabinnya tiada ruang solat walaupun sudah dilengkapi katil, dapur dan tandas.

“Jadi bermulalah idea untuk saya ‘DIY’ karavan saya. Secara tak sengaja, inovasi saya yang lebih mesra Muslim itu mendapat perhatian khususnya peminat RV tempatan, apatah lagi ketika itu memang sukar dan tiada individu yang mahir membaik pulih kenderaan jenis ini,” katanya.

Anak jati Mantin itu berkata kilangnya berkeupayaan untuk menawarkan perkhidmatan membaik pulih kenderaan RV dari segi sistem pendawaian elektrik dan penyaman udara selain mereka bentuk dalaman dan luaran kabin RV serta turut dibantu oleh empat petugas berkemahiran yang lain.

Setakat ini, lebih 80 pelbagai jenis RV yang telah berjaya dibaik pulih, diubah suai mengikut cita rasa dan kehendak pemilik kenderaan tersebut, katanya.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata kebanyakan peralatan RV seperti tandas, penyaman udara atas bumbung serta peralatan elektrik seperti ketuhar, peti ais dan seterika yang menggunakan elektrik 12 volt diimport dari luar negara.

Berkongsi mengenai campertruck yang kini menjadi pilihan berbanding dengan model kenderaan RV lain, Shamsul berkata hanya tiga negara di dunia iaitu Australia, China dan Thailand yang menghasilkan RV jenis itu dan kini Malaysia juga mampu berbuat demikian hasil reka cipta anak tempatan.

“Campertruck kini semakin mendapat tempat kerana pemanduannya adalah auto, lebih praktikal di semua jenis permukaan jalan dan penyelenggaraannya lebih mudah,” katanya yang telah menghasilkan 10 campertruck yang menggunakan aluminium sebagai bahan utama untuk pembuatan struktur kabinnya. 

Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automatif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Mohd Yusof Mohamed berkata sebarang ubah suai atau kreativiti hendak dilakukan ke atas kenderaan termasuk van, 4WD adalah dibenarkan dengan membuat permohonan dengan jabatan itu.

Mohd Yusof berkata pemilik kenderaan boleh mendapatkan khidmat nasihat jurutera profesional yang berdaftar dengan JPJ untuk dibuat Pelan Teknikal Kenderaan yang merangkumi aspek mekanikal dan elektrikal.

“Jurutera profesional tersebut juga akan memastikan aspek kestabilan, keselamatan dan kualiti bahan binaan selaras dengan standard piawaian yang ditetapkan oleh JPJ. Pelan Teknikal ini juga akan disemak oleh Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Ibu Pejabat di Putrajaya.

“Setelah Pelan Teknikal Kenderaan berkenaan diluluskan, kerja ubah suai hendaklah dibuat di mana-mana 291 bengkel kejuruteraan yang berdaftar dengan JPJ di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu Naib Presiden Persatuan Campervan dan Motorhome Malaysia, Emirol Rashid berkata industri RV semakin popular kerana ia satu daripada gaya hidup kepada mereka yang gemar mengembara dan berkelah bersama keluarga.

Beliau berkata ketika ini terdapat kira-kira lebih 2,000 pemilik RV di seluruh negara dengan kos bermula RM40,000 ke atas bergantung kepada bajet dan kemahuan sama ada ubah suai van yang kosong atau import dari luar negara yang baharu atau terpakai. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 4 tahun yang lalu

Kerana Minat, Dr. Ridzuan Guna Duit Ganjaran Pencen Beli RV

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad