web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RISDA Laksana Pemutihan Data Pekebun Kecil

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2023 7:25PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (Risda) sedang giat melaksanakan pemutihan data pekebun kecil pada tahun ini bagi mendapatkan data terkini pekebun kecil getah di seluruh Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu bertujuan memastikan  hanya mereka yang layak menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).

“Kita tidak mahu mereka yang tidak layak mengikut kategori yang telah ditentukan kementerian dan Risda akan menerima (bantuan) dan mereka ini tidak sepatutnya masuk dalam senarai,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan dibangkitkan Zahari Kechik (PN-Jeli) yang memohon kerajaan mengkaji semula senarai penerima BMT supaya bantuan tersebut diberikan kepada penoreh getah yang benar-benar perlu dibantu berikutan terdapat pekebun kecil getah tidak aktif, masih mendapat bantuan tersebut.

Bagi BMT Tahun 2022, sejumlah RM800 seorang dibayar dalam tempoh musim tengkujuh iaitu masing-masing sebanyak RM300 bagi November dan Disember 2022 serta RM200 pada Januari tahun ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata sekurang-kurangnya 10 program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Tahfiz bakal diwujudkan di seluruh negara tahun ini.

Beliau berkata ketika ini, hanya terdapat tiga program TVET Tahfiz dan kementeriannya sedang berkolaborasi dengan pelbagai pihak untuk menambah luas program tersebut.

“Terdapat kira-kira 250,000 anak-anak di maahad tahfiz yang perlu dirungkaikan masa hadapan mereka dari segi peluang kerjaya walaupun mereka hafal 30 juzuk al-Quran,” katanya.

Menurut beliau program TVET memperlihatkan satu kemajuan luar biasa melibatkan kebolehpasaran, sebagai contoh 98.4 peratus graduan TVET Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mendapat pekerjaan.

Ahmad Zahid berkata perkara itu menunjukkan kursus-kursus yang disediakan bersesuaian dengan permintaan pasaran guna tenaga, di samping bantuan Kerajaan-Industri (GITC) sebagai badan perantara. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad