web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Salur RM446 Juta Kurangkan Beban Pekebun Kecil Getah Sejak 2015

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2023 6:20PM

Fadillah Yusof - Gambar oleh Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan melalui Insentif Pengeluaran Getah (IPG) telah menyalurkan nilai pembayaran berjumlah RM446 juta kepada 207,128 pekebun kecil getah di seluruh negara sejak September 2015 sehingga 31 Disember 2022, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata IPG diperkenalkan untuk mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah rendah di samping menggalakkan mereka terus menoreh.

"Melalui pelaksanaan IPG, pekebun kecil akan menerima harga getah peringkat ladang (50 peratus kandungan getah kering - KGK) sekurang-kurangnya pada harga RM2.50 sekilogram," katanya ketika menggulung topik berkaitan isu getah, kelapa sawit dan agrikomoditi lain di Dewan Rakyat hari ini.

Setiap peserta pekebun kecil getah yang menyertai program itu akan menerima insentif tunai sebanyak RM1.00 sekilogram bagi 100 peratus KGK. - Gambar fail
Setiap peserta pekebun kecil getah yang menyertai program itu akan menerima insentif tunai sebanyak RM1.00 sekilogram bagi 100 peratus KGK. - Gambar fail

Selain itu, Fadillah berkata bagi membantu menstabilkan pendapatan pekebun kecil dan memenuhi keperluan industri hiliran berasaskan lateks, kerajaan juga melaksanakan program Insentif Pengeluaran Lateks (IPL).

Setiap peserta pekebun kecil getah yang menyertai program itu akan menerima insentif tunai sebanyak RM1.00 sekilogram bagi 100 peratus KGK selain menerima bantuan secara sekali sahaja bernilai RM850.00 untuk setiap hektar bagi input pertanian seperti baja dan racun. 

Berhubung cadangan untuk meningkatkan harga lantai getah sekerap kepada RM4.00 sekilogram, Fadillah berkata kementerian bersama agensi terlibat telah mengkaji mekanisme penambahbaikan kadar IPG.

"Dapatan kajian menunjukkan bahawa sekiranya kadar IPG dinaikkan kepada RM4.00 sekilogram daripada RM2.50 pada masa ini, kerajaan memerlukan peruntukan RM1.29 bilion berdasarkan jumlah pengeluaran getah pada 450,000 tan dengan harga purata tahunan SMR20 sebanyak RM6.10 sekilogram.

"Untuk itu, hal ini memerlukan perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan," tambahnya. 

Mengenai isu kebergantungan terhadap pekerja asing, beliau berkata ia boleh ditangani melalui adaptasi mekanisasi dan automasi serta peningkatan penggunaan jentera di ladang sawit.

Katanya, kementerian telah menubuhkan Konsortium Mekanisasi dan Automasi Sawit (MARCOP) untuk menggalakkan penyelidikan dan peningkatan produktiviti pekerja ladang melalui teknologi yang dibangunkan.

"Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM30 juta melalui geran padanan dalam Belanjawan 2021 untuk menyokong aktiviti MARCOP sementara pihak industri pula menyumbang RM30 juta melalui kutipan ses Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

"Peruntukan keseluruhan MARCOP sebanyak RM60 juta ini akan digunakan untuk tujuan penyelidikan dan pengkomersialan teknologi mekanisasi ladang. Sehingga kini, sebanyak 19 permohonan telah diterima oleh MARCOP," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 11 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar