web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia, Arab Saudi Setuju Muktamadkan Rundingan Bagi Majlis Penyelarasan Kerjasama Dua Hala - Zambry 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2023 3:00PM

Dr Zambry Abd Kadir bersama Putera Faisal bin Farhan - Gambar Wisma Putra

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia dan Arab Saudi bersetuju untuk segera memuktamadkan rundingan bagi menginstitusikan Majlis Penyelarasan Arab Saudi-Malaysia (SMCC), yang akan menjadi platform utama kerjasama dua hala pada masa hadapan, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Zambry yang sedang melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi sehingga Khamis (23 Februari), berkata isu itu merupakan topik perbincangan utama bersama rakan sejawatannya dari Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan pada hari kedua lawatan pertamanya ke negara itu.

Kedua-dua pihak, katanya, bersetuju untuk meningkatkan perdagangan dua hala yang baru-baru ini menyaksikan peningkatan mendadak.

“Kami juga bersetuju untuk meningkatkan lagi pertukaran lawatan pasca pandemik antara Malaysia dan Arab Saudi bagi mengukuhkan kerjasama dua hala daripada pelbagai aspek.

"Ini termasuk mencari ruang dan peluang melalui Visi 2030 Arab Saudi yang sememangnya merupakan agenda pembangunan yang sangat baik untuk diterokai bersama," katanya dalam satu kenyataan.

Zambry merakamkan penghargaan kepada Arab Saudi atas bantuan yang dihulurkan semasa COVID-19 serta keutamaan dan layanan istimewa yang diberikan kerajaan kepada Malaysia untuk urusan haji dan umrah.

“Insya-Allah kuota haji untuk Malaysia tidak akan dikurangkan dan berkemungkinan besar akan ditambah,” katanya.

Zambry menegaskan Arab Saudi kekal sebagai sekutu rapat Malaysia dan Kerajaan Perpaduan bertekad untuk terus mencari jalan bagi memajukan hubungan istimewa ini.

Beliau percaya pertemuan dengan Putera Faisal telah membuka lembaran baharu kepada hubungan kedua-dua negara, sambil menegaskan Arab Saudi kekal sebagai rakan karib Malaysia dengan Kerajaan Perpaduan yang komited untuk terus meneroka setiap peluang untuk membawa hubungan istimewa ini ke peringkat yang lebih tinggi. .

Pentadbiran Arab Saudi juga telah menyatakan bahawa ia menantikan lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut kenyataan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Lawatan Negara Sultan Ibrahim Ke Arab Saudi, Bahrain Eratkan Hubungan Diplomatik Malaysia-Timur Tengah

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Tiada Permit Yang Sah, Lebih 300,000 Jemaah Dilarang Masuki Makkah

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 44 minit yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 4 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad