web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guru Malaysia Berintegriti, Tidak Mungkin Pengaruh Murid Dengan Fahaman Politik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2023 12:16PM

Lim Hui Ying berkata KPM mempunyai keyakinan terhadap guru untuk mengajar apa sahaja topik secara objektif termasuk pembelajaran melibatkan pilihan raya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai keyakinan terhadap guru untuk mengajar apa sahaja topik secara objektif termasuk pembelajaran melibatkan pilihan raya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying (PH-Tanjong) berkata, golongan guru di negara ini telah dididik dengan integriti, justeru tidak mungkin mereka akan mempengaruhi murid dari segi fahaman politik.

"KPM telah menyediakan bahan-bahan sokongan dalam bentuk Powerpoint untuk membantu guru mengajar topik pilihan raya dengan sebaiknya

"Selain itu, kita juga ada video dari segi Didik TV. KPM juga telah menyiarkan tajuk berkenaan pilihan raya.

"Dari segi persoalan sama ada guru akan mempengaruhi (murid), jawapan kami adalah tidak. Kami ada keyakinan terhadap guru, pada pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek Sejarah, tugas guru mengajar apa sahaja topik secara objektif termasuk pilihan raya," katanya di Dewan Rakyat.

Wee Jeck Seng - Gambar fail
Wee Jeck Seng - Gambar fail

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) berhubung langkah seterusnya yang akan dijalankan oleh pihak KPM untuk memastikan pembelajaran pilihan raya di sekolah tidak menjadi medan menyebarkan sentimen parti politik tertentu.

Jelas Hui Ying, kandungan berkaitan pilihan raya telah dimasukkan secara khusus dalam mata pelajaran Sejarah dan elemen berkaitan pilihan raya dilaksanakan dalam Pendidikan Sivik serta aktiviti kurikulum.

Menurutnya, sebagai usaha membentuk karakter murid menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan cintakan negara, murid diajar mengenai Perlembagaan Persekutuan dan tanggungjawab rakyat kepada negara ini bermula dari peringkat sekolah rendah 

Tambahnya, langkah tersebut termasuk latar belakang pengetahuan asas sejarah negara melalui tema sejarah awal negara, kedaulatan negara dan kemakmuran negara.

"Selaras dengan kematangan usia dan tahap pengetahuan murid sekolah menengah didedahkan dengan lebih mendalam tentang politik melalui tema sejarah kita dan dunia, warisan bangsa, kedatangan kuasa asing, pembinaan negara serta Malaysia dan masa depan.

"Ini bertujuan untuk murid memahami kepentingan peranan mereka sebagai warganegara yang bertanggungjawab mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara," katanya.

Bagi memupuk kesedaran politik dalam aktiviti kokurikulum, ujarnya, KPM menjalin kerjasama dengan Jabatan Penerangan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti patriotisme melalui Kelab Malaysiaku.

Beliau memberitahu, KPM juga turut menyokong program yang dianjurkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional melalui Kelab Rukun Negara, merangkumi pelbagai aktiviti berteraskan pengukuhan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan Rukun Negara.

"KPM berpandangan pelaksanaan kandungan kurikulum dan aktiviti kurikulum sedia ada membolehkan murid memperoleh pengetahuan, pemahaman serta penghayatan tentang pendidikan politik dan Perlembagaan Persekutuan.

"KPM yakin bahawa pengetahuan dan penghayatan tersebut boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan mempersiapkan murid melaksanakan hak dan tanggungjawab mereka kepada negara," katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Seri Idris Ahmad  (PN-Bagan Serai) berhubung kerjasama antara KPM dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memperkasa golongan belia dalam aspek literasi serta celik politik di negara ini, Hui Ying berkata, sesi perbincangan dan libat urus akan diadakan antara kedua-dua kementerian.

"Kami memang akan mengadakan perbincangan serta libat urus dengan program bersama untuk memastikan bahawa Undi-18 (terlibat) terutamanya.

"Sebab itu untuk murid selepas Tingkatan 5, kami akan ada banyak program dengan KBS bagi memastikan yang anak-anak muda kita mempunyai pemahaman politik yang sewajarnya," katanya. - Getaran, 22 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 34 minit yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad