web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahli Ekonomi: Kerajaan Perlu Berbelanja Dengan Berhemah, Efisyen Serta Kadar Ketirisan Sifar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2023 9:57AM

Zakariah Abdul Rashid berkata menerusi pelaksanaan kewangan kendiri ini, Malaysia dapat mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi. - Gambar oleh Abd Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jika mahukan defisit negara semakin mengecil, kerajaan perlu berbelanja dengan berhemah dan efisyen agar mampu menghasilkan pulangan tertinggi dengan kadar ketirisan sifar, kata seorang ahli ekonomi.

Bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emeritus Datuk Zakariah Abdul Rashid berkata dengan pelaksanaan kewangan kendiri ini, Malaysia dapat mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi.

Beliau berkata belanjawan kali ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berhadapan dengan masalah kewangan apabila kerajaan Persekutuan mengalami defisit berpanjangan, peningkatan defisit tahun demi tahun dan perlu mencari kaedah penjanaan hasil serta dapat mewujudkan pembaharuan struktur. 

“Jika ini dapat dilakukan oleh PM, ia sungguh baik untuk kita,” katanya ketika mengulas mengenai sesi perbentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat ini, di Ruang Bicara kelolaan Bernama TV malam tadi.

 Zakariah Abdul Rashid - Gambar Bernama
Zakariah Abdul Rashid - Gambar Bernama

Menurut beliau jika berdasarkan sejarah, ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, waktu itu Malaysia menikmati lebihan fiskal dan tetapi kali ini beliau berhadapan dengan situasi yang berbeza.

“Salah satu daripada hasrat PM adalah untuk mengurangkan defisit ini. Kita hendak melihat sama ada beliau mampu mengulangi kejayaan itu bagi mengurangkan defisit ini sikit demi sedikit dan akhirnya kita dapat menikmati lebihan.

“Ia (pengurangan defisit) bakal mengambil masa beberapa tahun dan kalau itu dapat dilakukan inilah yang dipanggil sebagai pembaharuan struktur,” katanya.

Menyentuh soal subsidi, Zakariah berkata ia menjadi beban kepada ekonomi kerana Malaysia sebuah negara yang paling banyak memberi subsidi. 

“Salah satu punca kepada ketidakcekapan kita atau kemerosotan daya saing kerana kita terlalu banyak subsidi, bukan (sahaja) subsidi pendidikan tetapi subsidi gas, minyak dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata subsidi banyak memberi kelebihan kepada rakyat tetapi malangnya ia menumpulkan daya saing ekonomi.

Jika langkah pengurangan subsidi dijalankan, Zakariah berpendapat cabarannya adalah ia merupakan satu tindakan yang tidak popular dan ramai orang akan ‘menjerit’ kepada kerajaan.

Sehubungan itu, beliau hendak melihat sama ada pengurangan subsidi boleh dilakukan atau sebaliknya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek