web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Sayang Bella Lebih Dari Anak Lain - Siti Bainun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 9:38PM

Siti Bainun Ahd Razali - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa, tiada keperluan beliau mengambil remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella untuk disimpan dan didera, kerana wanita itu lebih menyayangi Bella berbanding anak-anak jagaannya yang lain.

Siti Bainun, 31, yang mengambil Bella sejak Julai 2020 turut menyifatkan remaja perempuan itu seorang yang kelakar, manja dan suka menyanyi seorang diri di depan cermin, membuatkan beliau suka menyakat remaja berkenaan.

Siti Bainun berkata semasa Bella dalam jagaannya, tertuduh tidak pernah mendapat duit dan mengutip derma untuk menyara Bella, selain tidak mendapat bantuan bagi menguruskan remaja perempuan itu.

“Saya perlu menjual roti, kek, pasta dan mengambil tempahan katering untuk menampung tujuh anak saya termasuk Bella.

“Katering pun saya yang masak sendiri di rumah ibu dan tidak suruh pun anak-anak saya tolong, kecuali jika saya buat di kondominium. Mereka sendiri ingin membantu tanpa saya arahkan atau dipaksa,” katanya.

Siti Bainun berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada prosiding membela diri atas pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Beliau berkata penghuni Rumah Bonda dan anak-anak jagaannya telah diajar berdikari, berdisiplin dan berkasih sayang antara satu sama lain, meskipun kebanyakannya berasal dari latar belakang kurang bernasib baik.

“Bella, saya benarkan dia menyapu dan belajar lap pinggan kerana dia tidak tahu basuh pinggan dengan baik. Jadi pinggan dia, saya atau kakak-kakak yang cucikan. Saya ajar dia urus diri dan lain-lain. Kita tidak halang dia berdikari, tapi dia juga anak istimewa yang perlukan perhatian.

“Dalam fikiran saya, kalau saya sudah tiada satu hari nanti, anak-anak ini akan tahu tanggungjawab dan jaga diri mereka sendiri. Tetapi untuk memaksa dan menyuruh dia (Bella) membuat kerja seperti orang lain, itu tidak sama sekali kerana saya sedar dengan kemampuan dia,” katanya dalam nada sebak.

Siti Bainun berkata beliau membangunkan Rumah Bonda dengan menggunakan duit arwah ayahnya dan niatnya untuk berpindah ke kondominium di Wangsa Maju, untuk memberikan tempat yang lebih baik dan selesa buat Bella.

Berhubung Bella diikat, beliau berkata remaja perempuan itu suka merayau pada waktu malam untuk makan jajan dan pernah minum susu kotak satu karton sampai habis, sehingga menyebabkan Bella cirit-birit dan saksi pendakwaan kelima Yasmin Nahar Mahmood mengakui perkara tersebut.

“Yasmin ada kain, dia attach kaki Bella dengan kaki dia, kalau Bella bangun nak merayap dan Yasmin boleh terjaga dan suruh Bella tidur.

“Sebab itu bila tanya siapa ikat? Bella cakap Shomin. Yasmin sendiri mengaku dalam keterangannya bahawa Shomin adalah dia. Tapi ikatan itu langsung tidak kuat dan sekadar untuk keselamatan Bella. Buktinya Bella tidak ada kecederaan atau bengkak akibat diikat seumpama cerita saksi-saksi pendakwaan,” katanya.

Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan, Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tulang Dijumpai Di Tongkang Pechah Milik Bella - Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebar Gambar Kanak-Kanak, Kakak Bella Direman Sehari

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sebak Dengar Tangisan Anak, Keluarga Bella

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi