web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Azmin Perlu Rajin Membaca Supaya Tak Ketinggalan Isu Semasa - Shamsul

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 9:30PM

Shamsul Iskandar Mohd Akin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menyindir Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu lebih banyak membaca agar ‘tidak kabur’ dengan perkembangan semasa.

Sindiran Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri itu susulan kenyataan Azmin yang mendakwa tiada sebarang langkah diambil kerajaan perpaduan untuk membantu rakyat sejak tiga bulan memerintah negara.

Menurut beliau, kenyataan tersebut dikeluarkan mantan Timbalan Presiden PKR itu mungkin disebabkan faktor usia yang menjejaskan pandangannya.

Katanya, pelbagai langkah untuk mengatasi masalah rakyat sudah pun dilaksanakan kerajaan, termasuk bantuan khas RM10 juta BERNAS untuk 2022 dan RM50 juta pada tahun ini.

“Seramai 20,598 pesawah akan menerima manfaat daripada sumbangan BERNAS ini berjumlah RM250 bagi setiap pesawah. Ini tidak pernah berlaku dalam pentadbiran sebelum ini.

“Namun ia direalisasikan hasil inisiatif yang digerakkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berunding dengan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary beberapa ketika selepas mengangkat sumpah jawatan akhir November tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, mantan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu berkata, sebanyak RM1.67 bilion diperuntukkan oleh kerajaan untuk sumbangan Tunai Rahmah fasa satu yang diawalkan ke Januari berbanding Mac yang memberi manfaat kepada 8.7 juta rakyat.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan turut melaksanakan inisiatif Menu Rahmah yang disokong lebih 15,000 peniaga daripada pelbagai persatuan, memberi kelegaan kepada rakyat yang bekerja mendapat sumber nutrisi lengkap hanya pada harga RM5.

“Kalau hendak disenaraikan semua inisiatif kerajaan perpaduan, maka kenyataan media ini akan bertukar menjadi artikel.

“Jadi rajin-rajinlah membaca supaya tidak ketinggalan mengetahui isu semasa,” katanya.

Shamsul Iskandar berkata, beliau yakin rakyat lebih matang untuk menilai gelagat pembangkang yang gagal melaksanakan tugas semak dan imbang, sebaliknya hanya menyerang kerajaan perpaduan membabi buta tanpa asas.

“Ada baiknya Azmin tumpukan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin hampir.

“Takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran,” katanya.

Terdahulu, mantan Ahli Parlimen Gombak itu dilaporkan mendakwa, usaha yang sedang dilakukan oleh kerajaan perpaduan adalah untuk menutup kelemahan mereka sendiri.

Dakwanya lagi, kerajaan dilihat gagal untuk mentadbir negara dan menguruskan ekonomi dengan lebih efektif, khususnya berkaitan isu kos sara hidup. - Getaran, 21 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Dakwa Albert Tei Fitnah PM, Shamsul Iskandar Buat Laporan Polis

2

Politik 7 bulan yang lalu

‘Saya Terima Peletakan Jawatan Shamsul Iskandar, SPRM Bebas Siasat’ - PM

3

Politik 7 bulan yang lalu

Tak Mahu Jejaskan Imej Kerajaan MADANI, Shamsul Iskandar Umum Letak Jawatan

4

Politik 3 tahun yang lalu

‘Sabar Sikit Min, Tak Lama Lagi Nak Masuk Skim Usia Emas’ - Amirudin

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad