Berita Terkini

3 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 4 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 4 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 4 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 4 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Papagomo Diarah Bela Diri Kes Cederakan Syed Saddiq 

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 9:00PM

Jika disabitkan kesalahan Wan Muhammad Azri boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Mantan EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris diarahkan untuk membela diri atas tuduhan mencederakan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman empat tahun lalu. 

Keputusan tersebut dibuat Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie dalam kes berkenaan terhadap tertuduh. 

Wan Muhammad Azri, 40, yang lebih dikenali sebagai Papagomo diarah membela diri terhadap pertuduhan pindaan iaitu menyebut perkataan yang kurang sopan dan menghina terhadap Syed Saddiq dengan perkataan ‘kau bodoh’. 

Papagomo pada asalnya didakwa mengaibkan kehormatan Ahli Parlimen Muar itu dengan menyebut perkataan ‘kau bodoh’ di tepi jalan Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian di sini pada 11.05 pagi, 16 Februari 2019. 

Pertuduhan itu kemudiannya dipinda kepada pertuduhan baharu iaitu menyebut perkataan kurang sopan. 

Mahkamah meminda pertuduhan daripada Seksyen 509 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda maksimum RM100 jika sabit kesalahan. 

Bagaimanapun, Papagomo mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pindaan tersebut.

Bagi pertuduhan mendatangkan cedera, Papagomo didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Syed Saddiq di leher dan bahu, di tempat, tarikh dan masa sama yang didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. 

Sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya. 

Terdahulu, seramai 11 saksi pendakwaan sudah dipanggil memberikan keterangan termasuk Syed Saddiq yang merupakan saksi keempat. 

Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim, manakala tertuduh diwakili peguam Nik Saiful Adli Burhan dan Logen Eskander. 

Mahkamah menetapkan Wan Muhammad Azri membela diri pada 22 dan 23 Mei serta pada 12 dan 13 Jun ini. 

Pada 16 Februari 2019, Syed Saddiq membuat laporan mendakwa dicekak dalam satu insiden sebaik selesai proses penamaan calon di Dewan Sri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). 

Sementara itu, pada 21 Februari tahun sama iaitu sehari selepas dibebaskan dengan jaminan polis, Papagomo membuat satu laporan polis terhadap Syed Saddiq atas dakwaan membuat laporan palsu terhadap dirinya. 

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dengan menyifatkan insiden kononnya beliau menyerang Syed Saddiq selepas penamaan calon itu sebagai perselisihan faham. - Getaran, 21 Februari 2023

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Anwar Puji Sikap Hun Sen Yang Hormati Kaum Muslim

Semasa 13 jam yang lalu

Lawatan Arab Saudi: Rakyat, Pembangkang Harus Pertahan Anwar, ‘Ini Maruah Negara’

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

PM Adakan Lawatan Rasmi Ke Kemboja Esok

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Serang Imam Ketika Solat Subuh Ditahan