web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Prasarana Laksana Projek Rintis Van E-Panggilan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 2:07PM

Anthony Loke Siew Fook berkata orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan itu dengan bayaran tambang berpatutan iaitu RM1 untuk setiap kali penggunaan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad dan sebuah syarikat, Kumpool sedang mengadakan projek rintis perkhidmatan van e-panggilan sebagai perantara antara rumah kediaman dengan stesen pengangkutan awam.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan itu dengan bayaran tambang berpatutan iaitu RM1 untuk setiap kali penggunaan.

“Kita memang bersedia untuk menambah perkhidmatan ini di stesen-stesen lain di semua rangkaian laluan yang sedia ada,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk R. Ramanan (PH-Sungai Buloh) mengenai usaha kerajaan untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih optimum dan menyeluruh pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Difahamkan perkhidmatan berkenaan beroperasi di Wangsa Maju di sini dan Alam Megah di Shah Alam, Selangor.

Loke berkata Kementerian Pengangkutan juga sedang berbincang dengan pihak syarikat e-panggilan untuk memperkenalkan konsep ‘ride sharing’ yang membenarkan pemandu e-panggilan untuk mengambil lebih daripada seorang penumpang.

“Itu secara langsungnya akan menurunkan kadar tambang untuk pengguna e-panggilan,” katanya.

Menjawab soalan asal Ramanan sekiranya perkhidmatan bas pengantara akan digandakan kerana masih ada penumpang yang menggunakan khidmat e-panggilan untuk ke stesen pengangkutan awam, Loke berkata penumpang mempunyai pilihan berdasarkan keperluan masing-masing.

“Dalam situasi semasa, bagi penumpang yang boleh mengikuti jadual perjalanan yang disediakan secara berjadual dan sistematik, maka mod perkhidmatan bas pengantara akan menjadi pilihan mereka.

“Sekiranya penumpang tidak mahu mengikuti jadual perjalanan yang ditetapkan, penumpang boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan e-panggilan atau teksi,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 6 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad