web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jana Wibawa: Ahli Keluarga Pemimpin Politik Dalam Senarai Surat Setuju Terima

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 7:10AM

Azalina Othman Said berkata, sebanyak 56 projek mendapat SST dan keseluruhan projek Jana Wibawa bernilai RM6.3 billion - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa senarai Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan menerusi projek Jana Wibawa, membabitkan ahli keluarga pemimpin utama parti politik tertentu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, sebanyak 56 projek mendapat SST dan keseluruhan projek tersebut bernilai RM6.3 billion.

Menurut beliau, setakat ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum dapat mengenal pasti nilai sebenar projek itu.

“SPRM sudah menjalankan siasatan terhadap isu berkaitan tender rundingan terus.

“Antaranya adalah projek di bawah Jana Wibawa yang mana ia membabitkan projek pembangunan dan infrastruktur,” katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah bilangan dan nilai projek yang terbabit dalam penyalahgunaan kuasa, khususnya tender rundingan terus dan yang membabitkan ahli keluarga pemimpin utama serta tindakan yang diambil ke atas mereka yang dapat 'habuan'.

Pada masa sama, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata, terdapat juga beberapa tambahan projek lain yang masih dalam tindakan siasatan SPRM.

Pada Sabtu lalu, SPRM mengesahkan mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara suspek yang disiasat bagi projek Jana Wibawa.

Sumber SPRM dilaporkan berkata, dalam siasatan itu Muhyiddin adalah suspek siasatan ketika beliau dipanggil memberi keterangan di suruhanjaya berkenaan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Wan Saiful Wan Jan antara dua individu yang akan dihadapkan ke mahkamah berhubung penyelewengan projek Jana Wibawa.

Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor dan Adam Radlan Adam Muhammad, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di sebuah syarikat yang pernah ditahan sebelum ini, akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada jam 9 pagi ini.

Difahamkan, SPRM baharu sahaja diberi kebenaran untuk mendakwa kedua-dua individu terbabit.

Terdahulu, The Vibes melaporkan, mantan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Wan Saiful menjadi individu terbaru yang disiasat agensi pencegahan rasuah tersebut.

Sumber mengesahkan kedua-dua mereka sudah diambil kenyataan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, semalam. - Getaran, 21 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

3

Politik 1 tahun yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 16 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad