web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Liputan 4G Di Kawasan Berpenduduk Di Sabah Capai 88 Peratus - Fahmi Fadzil

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 7:10AM

Fahmi Fadzil berkata ini merupakan satu peningkatan berbanding 73.41 peratus sebelum Pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), pada suku kedua 2020 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peratusan liputan rangkaian 4G di kawasan berpenduduk di Sabah meningkat di tahap 88.06 peratus, setakat suku ketiga tahun 2022.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata ini merupakan satu peningkatan berbanding 73.41 peratus sebelum Pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), pada suku kedua 2020.

Beliau berkata bagi meluaskan jaringan jalur lebar yang berkualiti di kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah, kerajaan telah mempercepatkan penyediaan perkhidmatan jalur lebar melalui teknologi satelit, yang pada asalnya dirancang untuk dilaksanakan pada  2023.

“Perancangan di bawah JENDELA Fasa 2 (2023-2025) berjaya disiapkan di bawah JENDELA Fasa 1 (2020-2022) pada tahun lalu. Keseluruhan 138 lokasi di Sabah telah siap dilaksanakan,” katanya menerusi jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen  semalam.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menjawab soalan Datuk Wetrom Bahanda (KDM-Kota Marudu), mengenai perancangan Kementerian Komunikasi dan Digital dalam memperbaiki jaringan jalur lebar di kawasan luar bandar Wilayah Sabah.

Fahmi berkata sebanyak 171,554 premis di Sabah, telah disediakan dengan sambungan gentian optik bagi jalur lebar talian tetap, manakala baki sebanyak 79,611 lagi dalam peringkat pelaksanaan daripada sejumlah 251,165 yang dirancang.

Tambahnya daripada 4,123 yang dirancangkan, sebanyak 4,096 alat pemancar komunikasi telah siap dinaik taraf kepada teknologi 4G, manakala baki sebanyak 27 lagi dalam peringkat pelaksanaan.

“Kementerian juga telah menyiapkan 159 menara baharu dan dalam proses menyiapkan baki 455 menara daripada 614 menara yang dirancang. Semua inisiatif yang sedang dalam peringkat pelaksanaan dijangka siap sepenuhnya suku keempat 2023.

“Kerajaan turut melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah Point of Presence (PoP) yang mana sehingga 10 Feb, pelaksanaan PoP Fasa 1 di Sabah telah berjaya disempurnakan dengan penyediaan premis sebanyak 6,914, dengan dari jumlah tersebut 2,411 telah dilanggan oleh penduduk sekitarnya,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata untuk memperbaiki jaringan jalur lebar melalui penyediaan infrastruktur komunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menjalankan pengukuran kualiti di lapangan berdasarkan aduan dan perancangan audit berkala, untuk seluruh negara.

Beliau berkata audit kualiti perkhidmatan berkenaan akan diteruskan pada 2023, dangan sasaran sebanyak 4,000 lokasi di seluruh negara termasuklah 225 lokasi untuk Sabah, bagi memastikan Standard Mandatori terus dipatuhi.

“Melalui Arahan Suruhanjaya ini, pemberi perkhidmatan wajib menambah baik kualiti perkhidmatan dengan mengoptimumkan atau menaik taraf menara sedia ada, agar kualiti pengalaman pengguna berada pada tahap yang baik. Ketidakpatuhan kepada Arahan Suruhanjaya boleh dikenakan penalti sivil sehingga RM200,000,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga