web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bank Perlu Beri Pampasan 100 Peratus Kepada Mangsa Penipuan Dalam Talian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 9:19PM

Chong Chieng Jen meluahkan kekecewaannya kerana hampir semua pihak yang bertanggungjawab tidak membantu mangsa atau mengurangkan kes penipuan yang semakin berleluasa. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen (Stampin-PH) menggesa kerajaan mewajibkan bank membayar pampasan 100 peratus daripada kerugian mangsa penipuan dalam talian.

Semasa sesi perbahasan Usul Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini, Chieng Jen berpendapat pampasan mandatori boleh mendorong bank meningkatkan sistem keselamatan perbankan dalam talian mereka dan mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) untuk transaksi dalam talian.

Sejak tahun lalu, Chieng Jen berkata, ramai pemegang akaun bank yang mempunyai simpanan sepanjang hayatnya, memindahkan simpanan mereka ke akaun pihak ketiga tanpa kebenaran atau pengetahuan mereka.

Beliau turut meluahkan kekecewaannya kerana hampir semua pihak yang bertanggungjawab tidak membantu mangsa atau mengurangkan kes penipuan yang semakin berleluasa.

 Chong Chieng Jen - Gambar fail
Chong Chieng Jen - Gambar fail

“Mangsa penipuan membawa kes mereka kepada bank, yang tidak melayan isu tersebut atau memberikan sebarang pampasan.

“Mereka kemudian merujuk kes kepada Ombudsman untuk Perkhidmatan Kewangan, yang memihak kepada bank.

“Mangsa kemudian melaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), ia mendorong bank untuk membuka siasatan, namun menyerahkannya semula kepada polis. Sementara itu, Bank Negara tidak berbuat apa-apa.

“Ini adalah perkara dasar yang perlu diputuskan. Kerajaan yang prihatin tidak boleh mengambil mudah perkara ini dan membiarkan mangsa berhadapan dengan bank dan menderita melalui penipuan,” katanya.

Chieng Jen menegaskan Singapura telah menyelesaikan isu penipuan ‘phising’ yang berlaku pada Disember 2021 dalam tempoh enam bulan, sambil memberitahu bank memberi pampasan 100 peratus daripada kerugian mereka sebagai bentuk pembayaran muhibah.

Malah katanya, polis negara itu turut berjaya menangkap pihak yang bertanggungjawab dalam tempoh dua bulan.

Membandingkan tindakan pantas Singapura dengan Malaysia, beliau menyifatkan PDRM gagal menangkap suspek, bank pula tidak memberi pampasan, Bank Negara tidak bertindak, dan kerajaan sentiasa "membincangkan" perkara yang telah wujud sejak bertahun lamanya.

“Saya faham sebelum ini, ia adalah kerajaan pintu belakang, di mana pemimpin politik mencuri kuasa.

“Tetapi sekarang, ia adalah kerajaan sah yang juga diterajui oleh Kementerian Kewangan. Saya harap kerajaan dapat membendung isu ini dengan cepat, dan tidak membiarkan mangsa terseksa oleh penjenayah dan bank,” katanya.

Untuk menyokong cadangannya, Chieng Jen memaklumkan enam bank utama Malaysia mempunyai keuntungan bersih RM125 bilion kesemuanya, berbanding sejumlah RM2.97 bilion kerugian akibat penipuan.

“Jika kita menyemak kerugian mangsa, ia tidak mencapai tiga peratus daripada keuntungan bank, bermakna bank boleh membayar pampasan kepada mereka.

“Penipuan mungkin menyebabkan kerugian kecil bagi bank, tetapi bagi pemegang akaun individu, ia adalah segala-galanya," katanya.

Sementara itu, Chieng Jen turut mencadangkan kerajaan menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) yang dikenakan kerana kenaikan satu peratus yang dilaksanakan oleh Bank Negara akan membebankan mereka yang meminjam daripada bank.

Tambahnya, hutang isi rumah telah mencecah RM1.5 trilion, dan satu peratus daripada OPR adalah bersamaan RM15 bilion yang perlu dibayar kepada bank.

Selain menyusahkan rakyat, beliau berkata, kadar OPR boleh melemahkan ekonomi.  – The Vibes, 20 Februari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad