Berita Terkini

8 jam yang lalu: Rohana pulangkan AS$10 juta, aset 1MDB kepada kerajaan 8 jam yang lalu: Manfaatkan Ramadan untuk bentuk penyatuan Ummah - Ahmad Zahid 8 jam yang lalu: Hanya 6.3 peratus atau 2.1 juta rakyat ada ilmu asas pertahanan awam 8 jam yang lalu: Menteri KDN diminta pertimbang lanjut PLKS dalam 3 subsektor 10 jam yang lalu: MAHB catat pergerakan penumpang lebih tinggi pada Februari

IKUTI KAMI


Majikan Tidak Akan Muflis Jika Naikkan Gaji Minimum - Kulasegaran

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Feb 2023 9:05PM

M Kulasegaran - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran menegaskan naratif bahawa majikan boleh menjadi muflis disebabkan kenaikan gaji minimum adalah tidak benar sama sekali.

Mantan Menteri Sumber Manusia itu berpendapat, kenaikan gaji minimum sebenarnya tidak akan menyebabkan majikan muflis dan menggesa agar kerajaan tidak terpengaruh dengan pandangan kumpulan tersebut semata-mata.

“Ramai majikan merungut apabila kita menaikkan gaji minimum. Ia akan membawa kepada muflis untuk pelbagai majikan. Adakah ini benar?. 

“Kita lihat 10 tahun lalu apabila Perintah Gaji Minimum 2020 (dipinda), Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mendakwa 600,000 majikan akan muflis. Tetapi ini tidak benar sama sekali. 

“Itu adalah pendapat yang dibangkitkan oleh majikan. Kita (kerajaan) tidak boleh terikat dengan apa yang mereka mahu, tetapi kita mesti menganalisis (perkara itu) secara holistik,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Titah Diraja dengan menyokong kenaikan gaji minimum, termasuk bagi mereka yang bekerja dalam perniagaan mikro, daripada RM1,200 kepada RM1,500. 

M Kulasegaran menegaskan naratif bahawa majikan boleh menjadi muflis disebabkan kenaikan gaji minimum adalah tidak benar sama sekali. - Gambar hiasan
M Kulasegaran menegaskan naratif bahawa majikan boleh menjadi muflis disebabkan kenaikan gaji minimum adalah tidak benar sama sekali. - Gambar hiasan

Pada Disember lalu, kerajaan mengumumkan gaji minimum RM1,500 hanya akan dilaksanakan untuk syarikat yang mempunyai kurang daripada lima pekerja mulai Julai ini, untuk membantu syarikat menyesuaikan aliran tunai mereka dan meningkatkan kedudukan kewangan syarikat. 

Bagaimanapun, Kulasegaran berkata, pelaksanaan itu tidak berasas dan tidak sepatutnya dilakukan oleh kerajaan perpaduan. 

“Saya nyatakan ini kerana apa rasionalnya jika kita beri gaji RM1,200 kepada gaji minimum (pekerja), tetapi warga asing yang bekerja di negara ini menerima RM1,500? Ia tidak masuk akal,” katanya.

Berdasarkan prinsip Pertubuhan Buruh Antarabangsa, Kulasegaran berkata, perbezaan gaji dalam kerjaya yang sama tidak boleh diamalkan, sambil mengulangi kepentingan untuk menaikkan gaji minimum.

Memandangkan kebanyakan individu di bawah jurang gaji minimum termasuk dalam kategori miskin tegar, beliau mendakwa kenaikan gaji akan membantu mereka.

Memetik Buku Harapan, manifesto yang dibuat Pakatan Harapan (PH), Kulasegaran berkata, salah satu janji kerajaan ialah menaikkan gaji sebanyak RM100 setahun bagi mereka yang bergaji minimum.

Tambahnya, menurut Bank Negara, gaji sara hidup individu yang bekerja ialah RM2,700, manakala pasangan dan keluarga dua anak masing-masing memerlukan RM4,500 dan RM6,500. 

“Lihat orang bekerja yang memerlukan bantuan, nampaknya kita telah meninggalkan mereka. 

 “Namun, saya percaya perkara itu boleh diatasi dalam tempoh yang singkat. Saya percaya kerajaan baharu mampu menyelesaikan isu ini,” katanya. 

Sementara itu, Kulasegaran berkata, kenaikan gaji akan meningkatkan minat untuk bekerja khususnya rakyat yang bekerja di Singapura akan digalakkan untuk kembali ke Malaysia, di samping meningkatkan ekonomi sosial negara. 

Bagaimanapun, katanya, tindakan hanya menaikkan gaji adalah tidak mencukupi dan beliau mencadangkan kerajaan turut menyediakan latihan industri kepada pekerja. - The Vibes, 20 Februari 2023

Sorotan

1

Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 Dibuka

2

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

3

Skim Rumah Pertamaku Wajar Diteruskan, Harap Kerajaan Bantu Rakyat

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Skim Rumah Pertamaku Wajar Diteruskan, Harap Kerajaan Bantu Rakyat

oleh Sofian Baharom

Semasa 10 jam yang lalu

MAHB Catat Pergerakan Penumpang Lebih Tinggi Pada Februari

Semasa 1 hari yang lalu

14 Produk Kandungi Pholcodine Dibatal Pendaftaran, Dipanggil Balik

oleh Sofian Baharom

Sukan 20 jam yang lalu

Terbuka Switzerland: Zii Jia Terus Cemerlang Mara Ke Suku Akhir