web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Di Sabah, Sarawak Hingga Isnin Depan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 3:36PM

METMalaysia telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora membabitkan beberapa kawasan di perairan Sabah dan Sarawak, sehingga Isnin depan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora membabitkan beberapa kawasan di perairan Sabah dan Sarawak, sehingga Isnin depan.

METMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori merah dikeluarkan di kawasan perairan timur laut Condore dan barat laut Reef North.

Menurutnya, keadaan tersebut berlaku disebabkan kehadiran angin kencang timur laut dengan kelajuan melebihi 60 kilometer per jam dengan membawa ombak setinggi 4.5 meter.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” katanya.

Selain itu, menurut jabatan itu lagi, pihaknya turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori jingga di perairan Condore, timur laut dan barat daya Reed North.

“Angin kencang timur laut berkelajuan 50-60 kilometer per jam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka melanda kawasan tersebut sehingga Isnin depan.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” katanya.

METMalaysia turut meramalkan angin kencang dan laut bergelora kategori kuning akan melanda perairan utara Bunguran, tenggara dan Reef North, Layang-Layang, Labuan serta Palawan.

“Angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kilometer per jam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka melanda kawasan tersebut sehingga Isnin depan.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” katanya. - Getaran, 20 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 18 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam