web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JPN Pulau Pinang Azam Pulih Akhlak, Beri Bimbingan Kepada Pelajar Lakukan Vandalisme

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 2:18PM

Sebelum ini, tular dua video di media sosial memaparkan beberapa pelajar bertindak menendang pintu bilik darjah dan tandas sehingga pecah serta merosakkan kerusi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang berazam untuk memulihkan akhlak dan memberi bimbingan kepada kumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di Seberang Perai Selatan di sini yang bertindak 'meraikan' penggal terakhir persekolahan dengan merosakkan pelbagai peralatan dan fasiliti sekolah.

Pengarahnya Abdul Rashid Abdul Samad berkata ia antara usaha bagi memastikan pemantapan sahsiah dan akhlak kumpulan pelajar tersebut supaya kejadian seumpama itu tidak berulang.

"Isu ini kita telah kemas kini dan maklumkan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung perkembangan siasatannya dan ia akan dimaklumkan kepada pihak media (oleh KPM).

“JPN Pulau Pinang sememangnya kesal atas kejadian yang berlaku. Kami telah mengambil tindakan segera dengan mengadakan perjumpaan bersama pelajar dan waris terlibat serta segala tindakan susulan akan diambil berdasarkan pekeliling yang ada," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan sempena peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2022 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi, di sini hari ini.

Sebelum ini, tular dua video masing-masing berdurasi 28 saat dan 58 saat di media sosial memaparkan beberapa pelajar bertindak menendang pintu bilik darjah dan tandas sehingga pecah serta merosakkan kerusi malah mereka turut dilihat merosakkan kipas sambil bergelak ketawa.

Video berkenaan mendapat reaksi negatif netizen yang menyifatkan tindakan pelajar berkenaan tidak mencerminkan didikan yang diajar di sekolah.

Abdul Rashid berkata pihaknya percaya ada sebab tertentu kumpulan pelajar berkenaan berbuat demikian dan JPN berazam untuk memulihkan semula keadaan supaya pelajar terlibat sedar terhadap perbuatan mereka.

"Fokus JPN adalah untuk pemantapan sahsiah dan akhlak anak-anak itu, yang utamanya kita akan mendidik mereka melalui kaunselor-kaunselor yang ada agar perkara sedemikian tidak berulang pada masa hadapan," katanya.

Semalam, JPN Pulau Pinang dilaporkan memaklumkan kumpulan pelajar tersebut akan dilibatkan dalam khidmat komuniti sebagai intervensi sahsiah dan adab, langkah didikan akhlak serta pencegahan segera akan diambil bagi memastikan kes sedemikian tidak berulang.

Keputusan dibuat selepas pihak sekolah memanggil pelajar terlibat bersama waris mereka semalam bagi membincangkan isu berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 5 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad