web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laporan Dakwa Penjawat Awam Dikurangkan: MCMC jumpa Awesome TV Hari Ini - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 12:57PM

Fahmi berkata beliau difahamkan Awesome TV telah melakukan enam pelanggaran berhubung menerbitkan bahan berita yang dilihat tidak mematuhi peraturan dan undang-undang. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan mengadakan pertemuan dengan saluran televisyen tempatan, Awesome TV hari ini bagi mendapatkan penjelasan mengenai laporan berita yang mendakwa bilangan penjawat awam bakal dikurangkan.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata beliau difahamkan Awesome TV telah melakukan enam pelanggaran berhubung menerbitkan bahan berita yang dilihat tidak mematuhi peraturan dan undang-undang.

“Awesome TV ini telah melakukan pelanggaran sebanyak enam kali, termasuk semasa (pentadbiran kerajaan) sebelum ini sebanyak lima kali.

“Jadi pada 12.30 (tengah hari) ini MCMC akan berjumpa dengan Awesome TV untuk bincang kerana pelanggaran-pelanggaran ini berlaku waima di pentadbiran sebelum ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) yang ingin tahu pendirian dan syarat kementerian mengenai penggunaan sumber dalam penerbitan berita.

Fahmi berkata penggunaan sumber dalam laporan berita perlu diseimbangkan bagi mengelak fitnah.

“Kita ambil maklum dalam kalangan wartawan mereka ada hak untuk memastikan keselamatan identiti sumber mereka tetapi ia perlu diseimbangkan dengan isu fitnah.

“Jadi, kita perlu ada keseimbangan dan mungkin (pertemuan) ini bersifat perbincangan di antara pengamal media dan pihak berkuasa untuk cari titik temu bagi perkara tersebut,” katanya.

Menjawab soalan asal Shahidan sama ada kementerian berhasrat untuk mengkaji semula akta berkaitan kebebasan media bagi menangani masalah pemberita yang tidak beretika dan jujur, Fahmi berkata kementerian mempunyai perancangan untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Beliau berkata ia bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan bersuara atau kebebasan media, sebaliknya bagi memantapkan kerangka kerja kawal selia berkaitan keselamatan dan kebolehpercayaan rangkaian.

“Wartawan seharusnya berpegang teguh kepada prinsip dan etika kewartawanan dengan hanya melaporkan berita yang tepat dan sahih selaras peruntukan undang-undang.

“Sebarang siaran maklumat yang tidak benar perlulah diperbetulkan segera dengan pemakluman kesilapan tersebut (errata),” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

2

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

3

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

4

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

5

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad