web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Harumaini Boleh Cabar Keputusan Pelucutan ADUN Di Mahkamah - Timbalan Speaker

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 9:00AM

Harumaini Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANTING - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali Harumaini Omar boleh mencabar keputusan pelucutan jawatannya sebagai wakil rakyat kawasan itu di mahkamah, kata Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hasnul Baharuddin.

Hasnul berkata keputusan yang dibuat Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim pada Khamis lepas  berhubung perkara itu telah dirujuk kepada Penasihat Undang-Undang Negeri.

ADUN Morib itu berkata Harumaini ada menghubunginya dan mengaku gagal memberikan surat kepada Dewan atau Speaker untuk menjelaskan permasalahannya yang tidak dapat hadir pada sidang-sidang Dewan seperti isu kesihatan isteri serta kesibukan menguruskan keluarga.

“Jadi, pada pendapat saya, beliau sendiri tidak berkata apa-apa pada Speaker dan mengaku sendiri kesilapannya ketika berhubung dengannya untuk memberikan penjelasan tersebut (selepas Ng membuat keputusan),” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Jerayawara sempena Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan di Pantai Morib, di sini semalam.

Hasnul juga menegaskan seorang wakil rakyat dalam DUN Selangor mesti hadir mesyuarat atau sidang dalam tempoh enam bulan, walaupun cuma sehari dalam satu-satu sesi mesyuarat.

“Dalam enakmen dan peraturan kita jelas, mesti hadir dalam tempoh enam bulan. Dalam tempoh enam bulan mesti ada sidang, walaupun beliau (Harumaini) hadir sidang sebelumnya sehari, tetapi dari cut-off (27 Julai) hingga habis enam bulan (beliau) tiada.

“Ramai juga ADUN datang setengah jam, lepas itu balik, sudah tandatangan (kehadiran) (kemudian) balik, maksudnya kita tidak boleh ambil tindakan. Namun dari segi moralnya tidak betul ADUN bersikap begitu, hanya ‘melepaskan batuk di tangga’, datang untuk pastikan hadir, kemudian balik,” katanya.

Hasnul berkata Harumaini juga gagal menghadirkan diri ketika pembentangan Bajet Selangor 2023 yang dibentangkan pada tahun lepas.

Pada 16 Februari lepas, kerusi DUN Batang Kali diisytiharkan kosong berkuat kuasa 28 Januari, ekoran penyandangnya Harumaini daripada Pejuang tidak hadir ke sidang DUN Selangor melebihi tempoh enam bulan.

Pengisytiharan itu dilakukan mengikut peruntukan di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam