web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bercuti Dengan Aman, Semak Status Sekatan Perjalanan Sebelum Ke Luar Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2023 3:48PM

Pembayar cukai boleh membuat semakan status tunggakan cukai mereka melalui portal MyTax bagi mengetahui status terkini pembayaran cukai mereka. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pembayar cukai disaran untuk menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan masing-masing terlebih dahulu sebelum merancang ke luar negara.

Jurucakap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan, langkah itu bertujuan untuk memastikan percutian yang tenang dan aman memandangkan cuti persekolahan sudah bermula semalam.

“Pembayar cukai boleh membuat semakan status tunggakan cukai mereka melalui portal MyTax yang boleh dicapai melalui pautan https://mytax.hasil.gov.my/.

“Semakan sekatan perjalanan pula boleh dibuat di laman web Jabatan Imigresen Malaysia di https://sspi.imi.gov.my/sspi/,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, LHDN diberi kuasa untuk menghalang mana-mana individu daripada meninggalkan Malaysia jika mereka atau syarikat masing-masing mempunyai tunggakan cukai yang tidak dijelaskan.

Katanya, kuasa diberikan itu berdasarkan Seksyen 104 dan 75A Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967), dan Seksyen 22 Aka Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT 1976).

“Pemakluman tindakan tersebut akan dibuat ke alamat terakhir yang dikemaskini oleh pembayar cukai kepada LDHN melalui data percukaian terkini yang direkodkan,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap LHDN berkata, pembayar diminta membuat bayaran atau menghubungi pejabat LHDN yang mengendalikan fail cukai mereka jika mempunyai tunggakan dan dikenakan sekatan perjalanan.

Ujarnya lagi, ia bagi membolehkan individu terbabit berunding mengenai bayaran ansuran sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan ke luar negara.

“Pembayaran tunggakan cukai pendapatan, bayaran cukai boleh dibuat melalui portal MyTax, portal perbankan internet bank komersial dilantik sebagai ejen kutipan LHDN.

“Selain itu, pengguna boleh membuat bayaran menerusi mesin deposit tunai atau mesin juruwang automatik (ATM), kaunter bank terpilih atau kaunter bayaran LHDN di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak menggunakan kad kredit atau kad debit,” katanya.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public.  – Getaran, 19 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek