web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Usah Rahsiakan Terma Penyelesaian Kes Apandi, Ia Bertentangan Kepentingan Awam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2023 12:00PM

Lim Kit Siang - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lim Kit Siang menggesa agar terma penyelesaian berhubung kes saman bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan kerajaan tidak dikelaskan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Veteran DAP itu berpendapat, keputusan merahsiakan penyelesaian berhubung pemecatan Mohamad Apandi sebagai Peguam Negara jelas bertentangan dengan kepentingan awam.

Malah Kit Siang turut bersetuju dengan Dr Mahathir yang bingung dengan keputusan kerajaan untuk tidak mendedahkan butiran penyelesaian terbabit.

“Kepentingan awam memerlukan penyelesaian di luar mahkamah didedahkan kepada umum. Kabinet harus membalikkan keputusan tersebut kerana kerajaan bertindak bagi pihak orang ramai.

“Jika Apandi mahu memulakan tindakan undang-undang hasil daripada penerbitan penyelesaian di luar mahkamah, beliau sepatutnya bebas berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kelmarin, Dr Mahathir tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan merahsiakan terma dan syarat berhubung penyelesaian saman sivil yang dikemukakan terhadapnya Apandi.

Mantan Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau bingung dengan keputusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman.

“Saya keliru dengan keputusan Azalina untuk merahsiakan penyelesaian tuntutan Apandi berhubung pampasan bagi pemecatan beliau.

“Mohamed Apandi yang merupakan bekas Peguam Negara bagi kerajaan Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat tuntutan beliau secara terbuka, malah beliau mengumumkan jumlah itu sebanyak RM2,233,599.36.

“Namun pampasan yang dibuat oleh kerajaan adalah rahsia. Kenapa? Saya mempunyai sebab untuk mengetahui sebabnya kerana saya tidak fikir Apandi layak mendapat pampasan itu sama sekali,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Pada Rabu lalu, Azalina menerusi jawapan bertulis menjelaskan Mohamed Apandi dan Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk tidak mendedahkan syarat penyelesaian itu.

Katanya, keputusan itu diklasifikasikan sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Terdahulu, M Kula Segaran (PH-Ipoh Barat) meminta Perdana Menteri mendedahkan jumlah pampasan dibayar kerajaan kepada Mohamed Apandi selaras penyelesaian di luar mahkamah. - Getaran, 19 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Rakam Keterangan Lim Kit Siang Esok

2

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Tun, Boleh Lawat Pameran Rukun Negara Jika Masih Kritik Prinsip Majmuk’

3

Politik 2 tahun yang lalu

Ini Bukan Tsunami PN, Mereka Masih Gagal Tumbangkan Kerajaan – Kit Siang 

4

Politik 2 tahun yang lalu

Titah Agong Perlu Dipatuhi, Bentuk Kestabilan Politik Negara - Kit Siang

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam