web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menteri Luar Zambry Adakan Lawatan Rasmi Ke Arab Saudi Bermula Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2023 11:10AM

Zambry Abd Kadir - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi mulai hari ini hingga 23 Februari.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan memaklumkan Zambry dijadual bertemu rakan sejawatnya Putera Faisal bin Farhan bagi menyusuli perbincangan memperkukuhkan lagi kerjasama dua hala kedua-dua negara, termasuk penganjuran Saudi-Malaysian Coordination Council (SMCC) selain menerokai kerjasama dalam bidang-bidang baharu.

Arab Saudi merupakan negara Asia Barat pertama yang dilawati beliau sejak menyandang jawatan sebagai Menteri Luar pada 2 Disember 2022 yang lalu.

“Ia menggambarkan hubungan istimewa yang wujud selama ini, serta komitmen Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap hubungan dua hala Malaysia-Arab Saudi,” menurut kenyataan itu.

Dalam lawatan itu, Zambry juga akan bertemu Menteri Pelaburan Arab Saudi, Khalid A Al-Falih untuk menerokai potensi kerjasama ekonomi baharu antara kedua-dua negara.

“Menteri Luar juga akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Jasem Mohamed Albudaiwi di Riyadh bagi  menyusul perbincangan berkenaan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC yang akan dianjurkan pada tahun ini,” menurut kenyataan itu.

Zambry juga dijadual untuk mengadakan pertemuan berasingan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Duta Hissein Brahim Taha di Jeddah dan Setiausaha Agung Liga Muslim Dunia Sheikh Dr Mohammed Al-Issa di Riyadh.

Beliau juga akan mengadakan sesi pertemuan bersama ahli-ahli perniagaan di Riyadh dan Jeddah, yang dijangka menjadi platform bagi meneroka kerjasama perniagaan dan pelaburan baharu khususnya di Arab Saudi.

Arab Saudi kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia dan sumber import terbesar di rantau Asia Barat.

Pada 2022, jumlah dagangan dua hala dengan Arab Saudi mencecah RM45.52 bilion (US$10.26 bilion), peningkatan sebanyak 159.2 peratus berbanding RM17.56 bilion (US$4.23 bilion) pada 2021. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad