web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekpes Hot Bincang Topik KWSP Esok, Khairy Minta Pandangan Netizen, Majoriti…

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2023 11:06AM

Khairy bertanya pendapat orang ramai sama ada pengeluaran kali ketiga tersebut wajar atau tidak dibenarkan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas memulakan tugas sulungnya sebagai penyampai radio Hot FM dengan agak baik berserta celoteh menghiburkan minggu lalu, mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan kembali menemui pendengar Bekpes Hot, pagi esok.

Khairy menerusi satu hantaran di InstaStory miliknya memaklumkan isu pengeluaran khas kali ketiga simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibincangkan dalam segmen tersebut.

Menerusi hantaran tersebut, mantan Ahli Parlimen Rembau itu turut bertanya pendapat orang ramai sama ada pengeluaran kali ketiga tersebut wajar atau tidak dibenarkan.

“Esok di Hot FM kita akan bincang topik hangat pengeluaran khas kali ketiga simpanan KWSP. Wajar ke tidak ia dibenarkan?” soalnya.

Undian yang dikongsikan Khairy di Instagramnya menunjukkan rata-rata netizen berpendapat pengeluaran semula itu wajar dibenarkan kerajaan.

Setakat berita ini ditulis, 58 peratus bersetuju manakala 42 peratus tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang pengeluaran tambahan baharu KWSP sama ada secara bersasar atau terbuka akan memburukkan lagi isu ketidakcukupan simpanan persaraan yang kini berada dalam tahap yang amat membimbangkan.

Beliau berkata, ketidakcukupan simpanan KWSP perlu diberi perhatian yang serius ketika negara kini sedang menghadapi fenomena penuaan penduduk yang pantas.

Susulan itu, kata Perdana Menteri, menerusi Belanjawan 2023, kerajaan sedang mencari jalan yang lebih sesuai bagi mengurangkan beban rakyat tanpa mengeluarkan simpanan KWSP.

Katanya, implikasi bagi empat kemudahan pengeluaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberikan kesan jangka panjang iaitu pengurangan jumlah simpanan persaraan yang ketara kepada ahli yang terlibat.

“Sehingga 31 Disember 2022, seramai 6.7 juta ahli atau 51 peratus daripada keseluruhan ahli KWSP di bawah umur 55 tahun hanya mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000 di dalam akaun KWSP selepas pengeluaran berkenaan.

“Amaun ini menyebabkan ahli memperoleh pendapatan persaraan yang kurang daripada RM42 sebulan untuk tempoh 20 tahun.

“Selain itu, keempat-empat pengeluaran khas ini telah menyebabkan penurunan yang ketara dalam peratusan ahli aktif yang mencapai Simpanan Asas (RM240,000 pada usia 55 tahun) daripada 36 peratus pada tahun 2020 kepada 29 peratus pada akhir tahun 2022,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan turut membuat permohonan maaf menerusi ciapan di Twitternya kelmarin, di atas sebarang kesulitan berikutan keputusan kerajaan untuk tidak memberi kebenaran pengeluaran semula KWSP.

Menurut beliau, keputusan tersebut sudah diumumkan Perdana Menteri sebelum ini.

Katanya, simpanan ahli KWSP kini sudah menyusut 50 peratus selepas pengeluaran dibenarkan sebanyak empat kali ketika pandemik COVID-19 dan ia perlu ditambah.

“Telah diumumkan Perdana Menteri sebelum ini yang kerajaan tidak bercadang untuk membenarkan pengeluaran KWSP setelah empat kali dibenarkan ketika COVID-19.

“Pandemik sudah hampir selesai, maka simpanan hari tua yang susut 50 peratus atau lebih itu mesti ditambah. Mohon maaf atas kesulitan,” katanya. - Getaran, 19 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam