web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hospital Medan Malaysia Rawat 164 Pesakit Gempa Bumi Turkiye

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2023 7:00AM

Hospital Medan Malaysia telah merawat seramai 164 pesakit sejak dibuka pada 14 Februari lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GAZIANTEP (Turkiye) - Hospital Medan Malaysia (HMM) yang beroperasi di Celikhan, Aditaman terletak kira-kira 152 kilometer (km) dari Gaziantep telah merawat seramai 164 pesakit sejak dibuka 14 Februari lepas.

Komander Op Starlight 2, Brig Jen Datuk Dr Amran Amir Hamzah berkata cuaca sejuk melampau yang mencecah -10 darjah Celsius pada waktu malam memberikan cabaran tersendiri kepada warga Angkatan Tentera Malaysia yang terlibat dalam pengoperasian HMM berkenaan.

Bagaimanapun katanya ia tidak menjejaskan motivasi anggotanya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga Turkiye yang terjejas akibat gempa bumi pada 6 Februari lepas.

Menurutnya pesakit yang hadir ke HMM ialah lelaki dan wanita dewasa, ibu mengandung dan kanak-kanak.

“Rawatan yang disediakan di HMM mencakupi rawatan pesakit luar, ibu mengandung dan ginekologi, kanak-kanak, pembedahan am, ortopedik dan pergigian.

“Kerajaan Turkiye dan para sukarelawan tempatan serta penduduk di sini memberikan kerjasama yang sangat baik,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dr Amran berkata perancangan awal HMM akan beroperasi di Celikhan selama enam minggu dengan seramai 106 pegawai dan anggota.

Op Starlight 2 diaktifkan selepas kerajaan Turkiye memohon bantuan daripada Malaysia untuk membantu mangsa gempa bumi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad